32.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Semua Orang Berhak Untuk Berfesyen’ – Zila Bakarin

    Shopee Sale

    Pelakon Zila Bakarin memberikan pendapatnya tentang jemputan tetamu yang hadir semasa acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang sedang berlangsung ketika ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zila Bakarin Tak Tahan Sebak, Anak Sulung Didakwa Jadi Mangsa Buli – ‘Dia Sangat Lemah Lembut & Banyak Mengajar Saya Tentang Adab’

    Artikel Berkaitan: Zila Bakarin ‘Sekolahkan’ Isteri Tertekan Dengan Sikap Suami – ‘Tak Perlu Lepaskan Marah Dekat Anak-Anak’

    Pendapat Zila

    Menerusi hantaran di Threads, seorang warganet meluahkan rasa kurang senang melihat tetamu yang hadir ke acara fesyen tersebut, malah membandingkannya dengan minggu fesyen di Paris dan Milan.

    Zila atau nama lengkapnya, Rosmawati Bakarin, 51, tampil memberikan respon berhubung kenyataan tersebut dengan mempertahankan hak setiap individu untuk berfesyen.

    Orang gemuk dan tembun tak boleh berfesyen ke?

    Peluh? Semua orang berpeluh. Jangan fikir yang kurus tak ‘kepam’, ada saja.

    Dalam masa sama, Zila juga menegur warganet tersebut kerana kenyataannya yang didakwa melampau berikutan menghina fizikal seseorang.

    MENARIK:  [VIDEO] Tak Upah Pengasuh, Yonnyboii ‘Senyap’ Sebab Mahu Fokus Besarkan Anak – ‘Kurang Percaya Sikit Dengan Orang Luar’

    Tambah Zila, setiap orang mempunyai gaya tersendiri, selain menyifatkan fesyen bukan sesuatu yang hanya eksklusif untuk golongan individu bertubuh langsing sahaja.

    Cuma janganlah mengata sampai macam tu, semua orang berhak untuk berfesyen.

    Kenapa mata awak tengok yang gemuk? Atau awak suka tapi saja nak menghina? Ada juga yang kurus.

    Selain itu, Zila menegaskan KLFW adalah pentas untuk menyerlahkan bakat-bakat dalam industri fesyen di negara ini dan tidak semestinya perlu mengikut aspek yang sama seperti acara fesyen antarabangsa.

    Dan ini KLFW Malaysia, bukan Paris atau Milan Fashion Week, apa yang awak jangkakan?

    Sumber: Threads

    The post ‘Semua Orang Berhak Untuk Berfesyen’ – Zila Bakarin first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah