30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sirap Limau Lancar Kempen Pentas Little Star, Peluang Untuk Si Cilik Serlahkan Bakat 

    Shopee Sale

    Platform Sirap Limau melancarkan kempen Pentas Little Star iaitu sebuah pertandingan bakat kanak-kanak yang berlangsung bermula 3 Ogos ini hingga 30 September.

    Artikel Berkaitan:

    Bakat kanak-kanak

    Pentas Little Star dilancarkan bagi mencungkil bakat, kreativiti dan ekspresi diri kanak-kanak yang berusia dari 5 hingga 12 tahun. 

    Kempen ini bukan sekadar sebuah pertandingan tetapi ia merupakan peluang untuk kanak-kanak meneroka potensi diri bagi mencipta pengalaman bermakna, selain memberikan inspirasi buat para peserta.

    Menurut Ketua Kandungan Editorial Sirap Limau, Anis Amirah, kempen ini bertindak sebagai sebuah platform yang selamat dan menyeronokkan untuk setiap kanak-kanak yang menyertainya.

    Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan dan potensi tersendiri. Melalui Pentas Little Star, kami mahu memberi peluang kepada mereka untuk tampil berani, berkongsi bakat serta membina pengalaman yang dapat menjadi kenangan bermakna buat mereka dan keluarga.

    Sementara itu, menurut Siti Haidatina sebagai Pengurus Kempen pula berkata, cetusan idea untuk mengadakan Pentas Little Star adalah untuk menyokong perkembangan bakat anak-anak menerusi kandungan kreatif yang positif.

    “LPentas Little Star bukan hanya mencari pemenang, tetapi memberi ruang kepada setiap peserta untuk meneroka minat, mengembangkan keyakinan serta berkongsi kreativiti mereka bersama komuniti yang lebih luas.

    Kami berharap kempen ini dapat menjadi titik permulaan kepada perjalanan anak-anak dalam mengenali dan mengembangkan potensi diri.

    Penyertaan pula dibuka kepada mereka yang merupakan warganegara Malaysia, secara individu atau berkumpulan.

    MENARIK:  [VIDEO] Dua Tahun Melayari Bahtera Perkahwinan, Shikin Maembong Syukur Cat Farish Sebagai Suami – ‘Saya Belajar Jadi Isteri Sempurna’

    Bagi memastikan penyertaan berlangsung dalam persekitaran yang selamat dan positif, semua kandungan yang dihantar mestilah sesuai untuk tontonan keluarga selain mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. 

    Kemuncak istimewa Pentas Little Star akan berlangsung pada 29 September ini, di mana bakat terbaik sepanjang kempen akan diraikan menerusi segmen persembahan final di Wanita Hari Ini (WHI).

    Peserta yang layak akan dipilih sebelum pemenang utama diumumkan berdasarkan proses penilaian akhir oleh pihak Sirap Limau.

    Pemenang utama Pentas Little Star bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,500, plak penghargaan, sijil serta barangan eksklusif Sirap Limau termasuk tote bag, pelekat A5 dan button badge.

    Selain itu, empat pemenang sagu hati turut akan menerima wang tunai sebanyak RM200 setiap seorang berserta barangan rasmi Sirap Limau.

    Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari https://siraplimau.com/pentaslittlestar/index.html dan ikuti Sirap Limau di semua media sosial rasmi @mysiraplimau

    The post Sirap Limau Lancar Kempen Pentas Little Star, Peluang Untuk Si Cilik Serlahkan Bakat  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah