29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banglo Mewah Rebecca Nur Al Islam & Bekas Suami Berjaya Dilelong – ‘Dua Tahun Mereka Tak Bayar Rumah’

    Shopee Sale

    Banglo mewah milik pelakon Rebecca Nur Islam dan bekas suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman, telah berjaya dilelong dengan harga RM2.92 juta di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada pagi Rabu.

    Artikel Berkaitan: Banglo Mewah Milik Rebecca Nur Al Islam Didakwa Dilelong?

    Rumah Rebecca berjaya dilelong

    Memetik laporan Mstar, pelelong berlesen iaitu Ishaq Marazi memaklunkan bahawa identiti pembeli tidak dapat didedahkan atas permintaan pihak terbabit.

    Saya mendapat tahu rumah itu sudah berjaya dilelong dengan harga RM2.92 juta pada pukul 10 pagi tadi di Mahkamah Tinggi, Shah Alam.

    Saya tidak boleh dedahkan identiti pembeli kerana ini adalah atas permintaannya.

    Ishaq mendakwa pasangan tersebut dikatakan gagal membayar komitmen bulanan rumah itu selama kira-kira dua tahun sehingga pihak bank terpaksa mengambil tindakan lelong.

    Betul dalam geran rumah itu tertulis nama milik bersama bekas suami Rebecca. Kalau tak silap saya rasanya dah dua tahun mereka tidak bayar rumah tersebut, sebelum bercerai lagi.

    Saya tidak buat urusan dengan mereka (Rebecca dan bekas suami), sebaliknya saya berurusan dengan pihak bank. Disebabkan bank sudah tarik dan mereka tak bayar jadi pihak bank bagi senarai kepada kami untuk urusan lelong.

    Setakat yang saya tahu memang dah lama rumah itu tidak dibayar. Dulu katanya suaminya sakit dan bisnes pun macam tak okay.

    Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sebuah kediaman mewah di Jalan SU Utama, Selangor yang akan dilelong pada harga RM2.91 juta. 

    MENARIK:  [VIDEO] Fazura Nyanyi Lagu Adele ‘Make You Feel My Love’, Netizen Bagi Pujian Melambung – ‘Yang Ni Lulus Dengan Cemerlang’

    Iklan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemilik, sebaliknya hanya menyatakan bahawa ia milik seorang artis.

    Bagaimanapun, warganet mendakwa bahawa rumah mewah itu milik Rebecca dan bekas suaminya.

    Menerusi tinjaun , pelakon itu juga dilihat telah mengosongkan rumahnya dan menjual semua barangan kepada orang ramai dengan harga yang rendah.

    Sumber: Mstar

    The post Banglo Mewah Rebecca Nur Al Islam & Bekas Suami Berjaya Dilelong – ‘Dua Tahun Mereka Tak Bayar Rumah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah