30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dia Pegang-Pegang Saya, Terus Saya Ambil Pisau & Tus*k’ – Lelaki Mengaku K*rat Mayat Rakan, Buang Dalam Guni

    Shopee Sale

    Seorang lelaki ditahan selepas didakwa terlibat dalam satu kes pembunuhan ngeri yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia.

    Bunuh, kerat mayat rakan

    Suspek iaitu Saepullah, 26, didakwa membunuh seorang kenalan, Kunaefi, 51, yang dikenali di media sosial (aplikasi gay) di sebuah rumah sewa pada 23 Julai lalu.

    Pada awalnya dia datang ke rumah saya sebab saya cuma perlukan teman untuk berbual. Kebetulan rakan serumah saya juga sudah tiada kerana dia merupakan penyewa terakhir di situ dan tidak menyambung kontrak.

    Suspek mendakwa berlaku insiden tolak-menolak di kawasan tangga rumah dua tingkat berkenaan sebelum dia mengambil sebilah pisau dari dapur dan menyerang mangsa.

    Kemudian, pada mulanya saya cuma perlukan teman. Dia mula memegang-megang saya, jadi saya melawan kemudian dia menampar saya.

    Saya tidak menolaknya. Saya mahu menjerit, kemudian saya ditolak dari tangga oleh dia. Rumah itu mempunyai dua tingkat.

    Kemudian saya turun ke bawah. Disebabkan saya sudah ditolak hingga jatuh ke bawah, saya pergi mengambil pisau. Selepas itu saya menikamnya.

    Selepas kejadian itu, suspek mengaku memotong tubuh mangsa menggunakan pisau sama sebelum membuangnya di beberapa lokasi berbeza. Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan kerana sukar membawa mayat mangsa keluar dari kawasan kejiranan.

    Susah nak bawa mayat, dekat situ ramai orang. Saya masih ingat lokasinya, nanti saya tunjukkan.

    Antara lokasi yang didakwa menjadi tempat pembuangan anggota badan mangsa ialah kawasan Tanah Merah, manakala bahagian kaki mangsa dibuang ke aliran sungai di kawasan Pitara, Pancoran Mas.

    MENARIK:  ‘Awak Memang Dah Melampau, Ibu Bapa Saya Hidup Lagi’ – Ezzanie Jasny

    Polis turut memaklumkan bahawa suspek membuang pisau yang digunakan serta pakaian berkaitan kejadian di kawasan Pitara, Depok.

    Selepas melakukan jenayah tersebut, suspek dipercayai membawa motosikal milik mangsa ke Panimbang, Kabupaten Pandeglang, Banten, untuk dijual.

    Suspek kini ditahan di Mapolda Metro Jaya bagi membantu siasatan.

    Sumber: Detik, CNN Indonesia

    The post ‘Dia Pegang-Pegang Saya, Terus Saya Ambil Pisau & Tus*k’ – Lelaki Mengaku K*rat Mayat Rakan, Buang Dalam Guni first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah