33.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penampilan Tya Adnan Menutup Aurat Raih Pujian Ramai – ‘Ikon Selebriti Berniqab Paling Dikagumi’

    Shopee Sale

    Penampilan isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan yang istiqamah menutup aurat dengan sempurna sebagaimana dituntut dalam Islam meraih pujian daripada orang ramai.

    Artikel Berkaitan: Tya Adnan Tegur Sikap Individu, Kecewa Baju Muslimah Dijadikan Bahan Jenaka – ‘Kami Jual Pakaian Untuk Bantu Wanita Tutup Aurat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tya Adnan Reka Pakaian Sukan Muslimah, Netizen Beri Sokongan Penuh – ‘Nak Aktif Tak Semestinya Kena Ketat’

    Niqab

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, individu dikenali Natasha berkata Tya merupakan antara ikon selebriti berniqab yang dia paling kagumi kerana penampilannya yang sentiasa sederhana dan patuh syariah.

    Tya Adnan merupakan salah seorang ikon selebriti berniqab yang paling saya kagumi.

    Dia benar-benar menjaga aurat seperti yang dituntut dalam Islam, menutup aurat dengan sempurna, tidak menampakkan bentuk tubuh, tidak berpakaian secara berlebihan dan sentiasa mengutamakan kesederhanaan.

    Menurut wanita itu, kecantikan Tya tetap terserlah meskipun tampil berniqab sekali gus membuktikan bahawa kesopanan dan pematuhan terhadap tuntutan menutup aurat tidak menghalang seri wajah seseorang.

    MENARIK:  ‘Saya Pesan Pada Anak-Anak, Kalau Nak Jadi Ahli Sukan Kena Bijak’ – Rita Rudaini

    Malah, dia turut mengakui Tya menjadi inspirasi kepada orang ramai, bukan sahaja kerana penampilan tetapi caranya membawa diri.

    Walaupun berpakaian serba tertutup, kecantikannya tetap terserlah. Betapa mulianya seorang wanita yang menjaga auratnya.

    Dia sangat merendah diri dan turut menjadi inspirasi kepada ramai orang melalui keperibadian dan kesopanannya.

    Saya benar-benar mengaguminya.

    Sumber: Threads

    The post Penampilan Tya Adnan Menutup Aurat Raih Pujian Ramai – ‘Ikon Selebriti Berniqab Paling Dikagumi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah