27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Atta Halilintar Selar Individu Kecam Golongan B40 Rakam Kapal Terbang Mendarat – ‘Mungkin Itu Pengalaman Pertama Mereka’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial Indonesia Atta Halilintar, tampil bersuara selepas seorang warganet meluahkan rasa kurang senang dengan keterujaan segelintir individu merakam detik kapal terbang mendarat.

    Artikel Berkaitan: Atta Halilintar Pilih Angka Tarikh Lahir Anak Sulung, Korban 22 Ekor Lembu & Kambing Sempena Aidiladha

    Artikel Berkaitan: Atta Halilintar Akui Mencabar Jadi ‘Daddy Muda’, Gembira Lihat Ameena & Azura Disayangi Ramai

    Pendapat Attar

    Menerusi perkongsian di Threads, Atta menyelar hantaran warganet tersebut dan mengingatkan bahawa jangan mudah untuk menilai seseorang berdasarkan perkara kecil yang mereka lakukan.

    Menurut Atta, setiap individu pastinya mempunyai hak dan sebab tersendiri untuk menghargai sesuatu momen istimewa dalam hidup mereka.

    Urus sahaja hidup sendiri.

    Lucu juga, ada yang sanggup menghakimi seseorang hanya kerana mereka teruja merakam saat melihat pesawat mendarat.

    Sedangkan kita tidak pernah tahu kisah di sebalik momen tersebut.

    Mungkin itu pengalaman pertama mereka, atau mungkin juga satu momen yang sangat bermakna dalam hidupnya.

    Dalam masa yang sama, Atta juga menegaskan bahawa, menikmati detik-detik indah dan merakam kenangan tidak seharusnya dikaitkan dengan status atau latar belakang seseorang.

    Menikmati pemandangan dan mengabadikan kenangan bukanlah ukuran kepada status, pendidikan atau kelas ekonomi seseorang.

    Selain itu, suami kepada Aurel Hermansyah ini turut berpendapat bahawa seseorang individu tidak seharusnya merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain dengan cara merendahkan mereka.

    Yang benar-benar memalukan adalah apabila seseorang berasa dirinya lebih hebat hanya kerana merendahkan orang lain.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Ruffedge & Gerhana Sky Cinta Meriahkan Gastro Groove Fest.. Festival Pertama Gabungkan Pesta Muzik, Makanan & Budaya

    The post Atta Halilintar Selar Individu Kecam Golongan B40 Rakam Kapal Terbang Mendarat – ‘Mungkin Itu Pengalaman Pertama Mereka’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah