28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dalam Event Ada Dua Tiga Orang Jual Benda Sama, Rezeki Masing-Masing.. Kita Saling Support’ – Azza Elite

    Shopee Sale

    Penyanyi, Azza Elite berpendapat persaingan dalam perniagaan, khususnya dari kalangan peniaga yang menyertai festival jualan makanan, merupakan perkara biasa dan tidak seharusnya dijadikan isu sesama peniaga.

    Artikel Berkaitan: ‘Anak Autistic Atau OKU Jangan Bayar, Saya Hadiahkan’ – Azza Elite

    Artikel Berkaitan: ‘Dalam Surau Pun Hati Kau Hitam, Tak Ada Masalah Kalau Pakai Filter’ – Azza Elite

    Rezeki masing-masing

    Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu berkongsi pengalamannya berdepan konflik sesama peniaga apabila terdapat gerai lain yang menjual produk serupa dalam festival yang sama.

    Dalam Threads tengah hangat isu peniaga berdekatan menjual benda yang sama.

    Masa saya kena dulu, ada rakan-rakan peniaga yang lain jadi enabler.

    Saya dituduh kaki gaduh dan macam-macam hinaan.

    Tak akan lupa dan tak maafkan.

    Saya jauhkan diri dari mereka dan fokus pada perniagaan, Alhamdulillah lebih tenang.

    Orang boleh tiru produk kita, boleh tiru konsep kita.

    Percayalah, rezeki Allah dah tetapkan.

    Tak akan tertukar dan tak akan salah alamat.  

    Hantaran tersebut menarik perhatian Azza atau nama penuhnya Noor Azzarina Zawari, yang berpandangan bahawa setiap individu mempunyai rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.

    Saya ini dalam event ada juga dua ke tiga orang yang jual benda sama.

    Lantak lah, rezeki masing-masing.

    Saling support! Kalau jualan kita dah habis, kita bagitahu customer, peniaga depan atau belakang kita pun ada jual juga.

    Kata Azza lagi, bagi mereka yang ingin berniaga di sesebuah festival makanan perlu memiliki mental yang kuat, selain disarankan mendapatkan maklumat awal daripada pihak penganjur bagi mengetahui sama ada terdapat peniaga lain yang turut menjual produk serupa.

    Tapi kalau awak tak kenal, awak jangan masuk event.

    Dan, tanya lah dulu pada event organizer, ada orang jual benda sama atau tidak.

    Tak perlu marah dan sentap.

    Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Lihatlah Dunia’ itu turut menitipkan nasihat agar setiap individu sentiasa yakin bahawa rezeki masing-masing telah ditentukan oleh Allah.

    Rezeki kita kan Allah dah tetapkan, tidak akan tertukar dengan orang lain.

    Pegang lah kata -kata ini, Allah yang pegang rezeki kita.

    Maka kita akan lebih tenang.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Liyana Jasmay Berang Baca Kes Isteri Mengidam Ayam Gepuk Dicekik Suami, Titip Doa Lelaki Toksik Tak Bertemu Jodoh

    The post ‘Dalam Event Ada Dua Tiga Orang Jual Benda Sama, Rezeki Masing-Masing.. Kita Saling Support’ – Azza Elite first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah