32 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Khadijah Perjelas Isu Lelaki Korea – ‘Kalau Saya Kata Suka Suami Orang, Susah Pula Nanti’

    Shopee Sale

    Pelakon Siti Khadijah Halim tampil menjelaskan kenyataannya sebelum ini dalam sebuah podcast mengenai kecenderungannya terhadap lelaki dari Korea Selatan.

    Artikel Berkaitan: Siti Khadijah Tolak Babak Berkemban, Buat Permintaan Untuk Pakai ‘Cardigan’ – ‘Kalau Kena Pakai Seksi, Saya Minta Tukar’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bercinta Dah Selesa 50-50, Nanti Kahwin Lupa Tanggungjawab Sebagai Lelaki’ – Siti Khadijah

    Sekadar sedap mata memandang

    Ketika ditemui , Siti atau nama penuhnya Siti Khadijah Abdul Halim, 29, berkata kenyataan tersebut hanyalah respons spontan terhadap soalan yang diajukan dan tidak membawa maksud seperti yang ditafsirkan segelintir pihak.

    Menurut Siti, dia tidak meletakkan kriteria yang terlalu tinggi dalam mencari pasangan, sebaliknya memadai jika seseorang itu memiliki penampilan yang menyenangkan mata memandang.

    Dua-dualah, suka dan jawapan selamat. Orang tanya, kita jawab. Memang mereka (lelaki Korea) sedap mata memandang.

    Tetapi setakat itu sahajalah, sekadar sedap mata memandang.

    Siti berkata demikian ketika ditemui pada tayangan media filem Khadam di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    MENARIK:  Amylea Menyerahkan Nasib Kepada Takdir - 'Saya Percaya pada Doa'

    Tambah pelakon filem Khadam itu lagi, jawapan yang diberikan juga merupakan cara paling selamat untuk mengelakkan mana-mana pihak terasa hati selain menghindari sebarang kontroversi yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai anak seni.

    Sebenarnya itu jawapan selamat saya. Kalau saya kata suka suami orang, susah pula nanti. Jadi, kita ambil jawapan yang tidak akan membuatkan sesiapa rasa tersinggung.

    Terdahulu, kenyataan Siti Khadijah mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan kecenderungannya terhadap lelaki yang mempunyai ciri-ciri jejaka Korea Selatan.

    Malah, segelintir peminat dan netizen turut meluahkan rasa kecewa, sehingga ada yang cuba meyakinkan pelakon itu agar memilih lelaki Melayu sebagai pasangan hidup.

    The post Siti Khadijah Perjelas Isu Lelaki Korea – ‘Kalau Saya Kata Suka Suami Orang, Susah Pula Nanti’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah