26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lesti Kejora Hamil Anak Ketiga, Rizky Billar Hadiahkan Klinik Estetik Idaman

    Shopee Sale

    Penyanyi Lesti Kejora mengumumkan berita gembira apabila sedang hamil anak ketiga.

    Artikel Berkaitan: Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar Demi Anak

    Artikel Berkaitan: Leher Dipasang Pendakap, Lesti Kejora Masih Trauma Dipukul Rizky Billar

    Hamil anak ketiga

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), Lesti memuat naik video yang memaparkan dia bersama suami, Rizky Billar yang merupakan aktor dan kedua anak mereka di sebuah padang bola.

    Anak sulung Lesti dan Rizky iaitu Muhammad Levian Al Fatih Billar menzahirkan rasa syukur bakal menerima ahli keluarga baharu.

    Alhamdulillah, abang dapat adik lagi.

    Mengidam nak buka klinik estetik

    Selain itu, juara pencarian bakat D’Academy musim pertama meluahkan rasa gembira apabila impiannya untuk memiliki sebuah klinik estetik kecantikan dan kosmetik akhirnya tercapai.

    Menurut Lesti, 26, dia memilih nama Lesh Clinic yang diambil daripada nama puterinya, Leshia Tivana.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Angin turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Rizky kerana telah berusaha menunaikan keinginannya.

    Bermula dari satu impian, Alhamdulillah… semuanya jadi nyata dengan izin Allah dan usaha suami tercinta yang tak pernah penat bantu realisasikan cita-cita saya. MasyaAllah tabarakallah.

    Diambil dari nama puteri kesayangan, kami sepakat untuk mudahkan sebutan dan menjadikan nama itu sebagai inspirasi lahirnya.

    Selepas ini mengidam apa pula ya? Hahaha standby ya Rizky. Semoga rezeki sentiasa murah, segala urusan dipermudahkan dan rezeki mengalir terus tanpa henti. Amin. Maaf tau selalu menyusahkan dan banyak ‘wishlist’.

    Sekadar info, Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Leslar Al-Fatih Billar dan Leshia Tivana.

    MENARIK:  ‘Setiap Kali Drama Saya Ditayangkan, Pasti Ada Pergaduhan Antara Saya & Stesen TV’ – Erma Fatima

    Sumber: Instagram

    The post Lesti Kejora Hamil Anak Ketiga, Rizky Billar Hadiahkan Klinik Estetik Idaman first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah