34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Setiap Kali Drama Saya Ditayangkan, Pasti Ada Pergaduhan Antara Saya & Stesen TV’ – Erma Fatima

    Shopee Sale

    Pengarah, Erma Fatima memberitahu perselisihan faham antara dia dengan pihak stesen televisyen pasti akan berlaku setiap kali drama arahannya mula ditayangkan.

    Artikel Berkaitan: Erma Fatima Bangga Drama Bidaah Jadi Inspirasi 3 Filem Di Indonesia

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad ‘Mengadu’ Erma Fatima Nak Rampas Fattah Amin Dari Amira Othman, Respon Mak Semah Bikin Netizen Terhibur

    Gaduh dengan stesen TV

    Erma atau nama lengkap Fatimah Rahmad Ali, 49, berkata, situasi tegang itu berlaku disebabkan pihak stesen televisyen memotong beberapa babak dalam dramanya tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

    Setiap kali drama saya ditayangkan, pasti ada pergaduhan antara saya dan stesen TV. Kerana apabila drama saya ditayangkan, saya tidak menonton TV, saya jarang menonton.

    Saya tak pernah menonton drama-drama TV. Saya tak pernah menonton drama orang lain. Tapi saya akan duduk depan TV untuk tonton drama saya apabila ditayangkan.

    Kerana saya nak tengok ada tak mereka (stesen TV) potong drama saya tanpa izin saya.

    Erma berkata demikian menerusi saluran podcast Duduk Dulu Podcast.

    MENARIK:  Sharifah Zarina Gembira Anak Dapat 8A, Tukar Sekolah Tiga Hari Sebelum SPM Tindakan Betul – ‘Dia Diejek Oleh Guru Sebab Aktif’

    Tambah Erma, dia ada memaklumkan kepada pihak stesen televisyen mengenai isu tersebut dan terbuka untuk memotong mana-mana babak jika diberitahu lebih awal.

    Sebab saya ada beritahu stesen TV, kalau nak potong beritahu saya. Biar saya yang potong, jangan berani potong. Kalau awak tak suka, beritahu saya yang akan potong.

    Sebab kalau mereka yang potong, akan buat orang tengok terganggu. Itu yang saya tak suka. Jadi saya akan tengok untuk memastikan tiada potongan daripada pihak sana.

    Dalam pada itu, Erma mengakui dia sememangnya tidak pernah menonton dan mengambil tahu tentang drama milik pengarah lain.

    Tapi untuk saya duduk malam-malam tengok drama, saya tak pernah. Sebab itu kalau awak tanya saya drama apa yang sedang tayang, saya tak tahu.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Setiap Kali Drama Saya Ditayangkan, Pasti Ada Pergaduhan Antara Saya & Stesen TV’ – Erma Fatima first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah