
Pempengaruh media sosial yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona, mencuri perhatian apabila meminta bapanya mendoakan jodoh yang terbaik buat dirinya.
Leona nak jodoh terbaik

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Azhar berkongsi paparan skrin perbualannya bersama Leona, yang mengirim mesej memohon doa daripadanya agar dipertemukan dengan lelaki yang baik dan sempurna sebagai suami.
Pada 10 terakhir ramadan ni, daddy tolong doakan untuk saya bertemu jodoh sempurna. Daddy tahu kan, doa ibu bapa adalah doa paling berkuasa dan saya harap sangat ianya jadi kenyataan.
Azhar kemudian memberikan respons yang bersahaja tetapi tetap mendoakan kebahagiaan anak perempuannya itu.
Daddy doakan you akan jumpa jodoh yang terbaik untuk you di dunia dan akhirat. Bukan doktor atau arkitek, kalau akauntan ya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beranak ini selain turut menitipkan doa agar gadis itu bertemu jodoh dengan lelaki yang bertanggungjawab dan mampu membimbingnya ke syurga.
Bagusnya Leona, sekurang-kurangnya dia minta doakan.
Alaa comelnya Leona. Aunty doakan Leona bahagia, dapat suami baik dan sayangkan Leona dan keluarga.
Saya doakan leona dapat imam yang terbaik untuk menemani dia dan bakal anak-anak sehingga ke syurga. Aamiin.
InshaAllah, moga Leona berjumpa jodoh yang baik untuk diri Leona, baik untuk agama Leona, baik untuk keluarga Leona.





