31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Mengalami Detik Cemas Selepas Jumpa Kulit Ular Tedung Dalam Laci Pakaian – ‘Saya Merasa Takut Untuk Tidur’

    Shopee Sale



    Seorang individu tampil berkongsi detik menggerunkan bagi dirinya apabila menjumpai kulit ular tedung di dalam laci pakaiannya menerusi TikTok.

    Takut nak tidur

    " data-video-id="7326208482149993736">
    @nizamyusop5 Jumpa kulit ular dlm Almari pakaian #macammane #mukbang ? original sound – NizamYusop

    Menerusi video tersebut, individu yang dikenali sebagai Nizam Yusop itu bercerita bahawa pada awalnya dia mahu mengambil pakaiannya yang terletak di dalam laci tersebut.

    Alangkah terkejutnya dia melihat terdapat kulit ular yang dipercayai baru selesai proses salin kulit terletak di atas pakaiannya.

    Tadi saya masuk bilik dan saya buka laci tapi waktu itu saya tak pakai cermin mata. Lepas itu, saya ternampak sesuatu seakan corak batik jadi saya mula pelik sebab saya tak ada seluar bercorak batik.

    Lepas itu saya ke dapur dan ambil cermin mata saya sebelum saya pergi semula ke laci pakaian saya. Bila saya buka sahaja laci pakaian saya itu, rupanya corak yang saya sangkakan batik itu adalah kulit ular.

    Kulit itu panjang dan sudah mula kering seperti sudah lama ular tersebut menyalin kulit.

    Terkejut melihat kulit ular tersebut, Nizam lantas merakam kulit tersebut dengan menggunakan telefon bimbitnya sebelum menghantar rakaman tersebut kepada rakan-rakannya.

    Saya terus rakam dan bagi video itu kepada kawan-kawan saya, lepas itu kawan saya kata itu adalah kulit ular tedung.

    Dia nasihatkan saya untuk telefon pihak pasukan keselamatan untuk mendapatkan bantuan, tetapi masalahnya saya tak jumpa ular itu.

    Jadi, sekarang ini aya jadi takut nak tidur sebab masih belum jumpa ular itu.

    Tambah Nizam, dia sudah pun menjumpai serpihan kulit tersebut di atas permukaan karpet rumahnya beberapa minggu lalu namun masih tidak menjumpai haiwan berbisa tersebut.

    MENARIK:  Hanya ‘Follow’ Khairul Aming Di TikTok, Netizen Puji Tun Mahathir ‘Support’ Anak Melayu

    Video

    " data-video-id="7326383179101687058">
    @nizamyusop5 Replying to @?Iskandar?(????) #macammane ? Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah