Menantu kepada warga emas yang mencium pelakon Bella Astillah semasa hari persandingannya di Muar, Johor baru-baru ini tampil memohon maaf di atas tindakan ibu mentuanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gara-Gara Insiden Mak Cik Tarik Leher, Kawan Baik Bella Astillah Larang Tetamu Cium
Tampil mohon maaf
View this post on Instagram
Menerusi panggilan telefon di sebuah stesen radio, pemanggil tersebut mengakui kekhilafan ibu mentuanya kerana begitu teruja lalu bertindak mencium Bella semasa majlis tersebut.
Menurutnya, dia telah mencuba untuk mendapatkan Bella menerusi mesej di media sosial namun, tiada maklum balas. Justeru, dia menghubungi Bella di talian stesen radio berkenaan.
Itu adalah ibu mentua saya. Kami satu keluarga memohon maaf atas keterujaan ibu saya.
Saya betul-betul minta maaf, itu di luar jangkaan. Kami cuba hantar DM (direct message) tetapi tiada respon. Kebetulan tengok Bella di Era, itu yang saya telefon.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, itu memahami situasi yang berlaku dan memaklumkan bahawa dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dalam masa yang sama, Bella juga memohon maaf kepada wanita tersebut susulan insiden itu tular dan mendapat perhatian ramai.
Saya sendiri tuan punya badan tiada masalah, tiada kecederaan. Bagi pihak saya, minta maaf kerana mungkin ada peminat yang terlebih prihatin menularkan video ibu mentua.
Terima kasih kerana menghubungi saya. Jangan risau, benda ini di luar jangkaan. Saya okay sahaja. Sampaikan salam kepada ibu mentua.
Terdahulu, kejadian tidak diingini itu berlaku semasa berlangsungnya Kenduri Rakyat di Muar.
Insiden itu terjadi ketika Bella bersama suami, Syed Saddiq sedang menyantuni tetamu yang hadir ke majlis mereka.
Sumber: Era FM
The post [VIDEO] ‘Kami Mohon Maaf’ – Menantu Mak Cik Tarik Leher Semasa Majlis Di Muar Telefon Bella Astillah first appeared on OHBULAN!.





