Penyanyi, Farahdhiya menegur sikap segelintir individu yang gemar bertanyakan soalan peribadi berkaitan jodoh.
Artikel Berkaitan: ‘Yang Penting Dapur Berasap’ – Dikecam Kuali Buruk, Ini Respon ‘Win’ Farah Dhiya
Artikel Berkaitan: Berang Dikritik Soal Gigi Kuning, Farahdhiya Tempelak Netizen – ‘Saya Ingat Bulan Puasa Syaitan Semua Kena Ikat’
Kenapa tak kahwin lagi?

Menerusi perkongsian di Threads, Farah berpendapat bahawa soalan berkaitan jodoh tidak sepatutnya diajukan secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi kepada individu yang tidak dikenali rapat.
Menurutnya, individu yang mempunyai hubungan rapat sekalipun tidak semestinya akan bertanyakan perkara sedemikian kerana menyedari bahawa ia merupakan hal peribadi.
Pendapat saya, kalau tidak kenal rapat, tidak perlu tiba-tiba bertanya soalan seperti ‘Kenapa tak kahwin lagi?’, ‘Tak nak kahwin ke?’ atau ‘Tak ada orang nak ke?’.
Sebab, orang yang mengenali kita dengan rapat pun memang tidak akan bertanya soalan seperti itu.
Dalam pada itu, Farah turut mempersoalkan tanggapan segelintir pihak yang menganggap dirinya tidak mempunyai orang yang meminatinya hanya kerana masih belum mendirikan rumah tangga.
Jelasnya, orang ramai sepatutnya mengelakkan soalan yang terlalu peribadi dan sebaliknya mendoakan perkara yang baik-baik buat dirinya.
Lagi satu, soalan ‘Takkan tak ada orang nak?’ Seriuslah?
Takut kalau saya senaraikan orang yang pernah cuba mendekati saya, mungkin nama teman lelaki atau suami awak pun ada sekali.
Jadi, jangan biasakan bertanya soalan yang terlalu peribadi. Jika benar-benar mengambil berat, sekadar mendoakan perkara yang baik-baik pun sudah cukup membuatkan kita gembira dan sangat bersyukur.
Sumber: Threads
The post Farahdhiya Tegur Sikap Suka Tanya Soal Jodoh – ‘Tak Perlu Tanya Terlalu Peribadi’ first appeared on OHBULAN!.





