28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Achey Kongsi Ragam Tiara Enggan Pakai Baju Raya – ‘Pakaian Dia Lebih 20 Pasang..Tak Apalah Yang Penting Awak Gembira’

    Shopee Sale

    Pelawak Achey berkongsi tentang karenah anaknya, Tiara Zinnirah Nasir Abdul Haq semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri tempoh hari.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey ‘Control Portion’ Makanan Anak Setiap Kali Makan – ‘Nak Dilarang..Kasihan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Dedah Isteri Pernah Kerja ‘Cleaner’ Tiga Bulan, Nak Tolong Lunas Hutang Tertunggak – ‘Gaji Dia Semua Bagi Aku’

    Baju raya Tiara 

    Menerusi hantaran di TikTok, pemilik nama Mohd Nasir Hamzah, 40, itu berkongsi bahawa anak perempuannya tidak mahu memakai baju raya yang disediakan dia dan isteri, malah lebih memilih untuk mengenakan t-shirt demi keselesaannya.

    Raya penuh dugaan, lain macam Tiara bila raya ni, sedih pun ada kadang-kadang. Tapi aku dan isteri memilih kegembiraan anak.

    Gambar kedua itu menceritakan segalanya. Orang bercakap tapi aku dengan isteri tak sanggup jadi ‘joykiller’ untuk dia.

    Puas pujuk pakai baju raya, bertekak, bergaduh, dia tetap lebih pilih selesa untuk bermain.

    Menurut Achey, Tiara tetap menyarung baju raya ketika keluarga mereka mengambil gambar untuk mengabdikan kenangan bersama.

    Tapi Alhamdulillah juga, semasa bergambar dia nak sarung baju dan dia tahu itu momen penting untuk semua.

    Lepas bergambar habis dibukanya. Orang datang raya atau kita pergi beraya semua tegur ‘mana baju awak Tiara?’

    Dia jawab, ‘ada dalam kereta’. Memang standby je untuk dia.

    Tak apalah Tiara, yang penting awak gembira raya ini. 

    Bagaimanapun, Achey dan isteri tidak dapat lari daripada kata-kata orang, apabila ada yang mempertikai tentang pakaian Tiara meskipun mereka telah menyediakan baju raya untuknya.

    Maaf semua jika sekiranya ada yang cakap, ‘mak bapak bukan main, anak selekeh.’ 

    Kami tak salahkan mereka bercakap, baju raya dia lebih 20 pasang.

    Tapi kami pilih dia gembira..insyaAllah dah besar nanti pandailah dia.

    Sumber: TikTok Achey 

    MENARIK:  [VIDEO] Norish Karman Tanggung Empat Anak Angkat, Bukan Mengemis Minta Duit – ‘Kereta Dah Layak Masuk Longkang’

    The post Achey Kongsi Ragam Tiara Enggan Pakai Baju Raya – ‘Pakaian Dia Lebih 20 Pasang..Tak Apalah Yang Penting Awak Gembira’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah