Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 mencatatkan lonjakan drastik pelancong antarabangsa pada suku pertama tahun ini, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai antara destinasi terkemuka dunia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahu Percutian Lancar Tanpa Stres? Elak 5 Kesilapan Ini Ketika Melancong Ke Luar Negara
Artikel Berkaitan: Langgan GrabUnlimited, Terus Dapat Diskaun Hotel & Flight di Trip.com! Untung Kaki Travel!
Malaysia, pilihan pelancong Asia Tenggara & China

Menurut Pengurus Besar Trip.com Malaysia, Stephane Thong, menyatakan analisis tempahan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2026 menunjukkan Malaysia muncul sebagai antara lima destinasi luar negara pilihan utama pelancong dari Asia Tenggara dan China.
Selain itu, Malaysia turut tersenarai dalam 10 destinasi teratas bagi pelancong dari Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan.
Katanya lagi, Kuala Lumpur kini berada di kedudukan kelapan sebagai bandar paling mendapat perhatian pelancong dunia, setaraf dengan destinasi ikonik seperti Tokyo, Seoul dan Bangkok.
Momentum Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar Asia terus menggalakkan berikutan kepelbagaian tarikan bandar, alam semula jadi serta destinasi mesra keluarga yang berteraskan warisan dan budaya.
Pencapaian yang memberangsangkan itu mencerminkan keserasian terhadap strategi kerajaan dalam memperkasakan industri pelancongan negara menjelang VM2026, dengan fokus kepada peningkatan berterusan jumlah pelancong antarabangsa.
Taman tema jadi pilihan

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing memaklumkan bahawa Malaysia kini berada pada landasan pemulihan yang kukuh dalam landskap pelancongan global, apabila angka kemasukan pelancong terus menunjukkan trend peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jelasnya lagi, kemajuan tersebut bukan sahaja mengukuhkan kedudukan ekonomi negara, malah merancakkan lagi kemasukan pelancong dari pelbagai pasaran utama dunia.
Pasaran pelancongan seperti negara Timur Tengah, China, ASEAN dan beberapa pasaran lain menunjukkan pertumbuhan yang ketara.
Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan momentum ini melalui strategi pemasaran global yang lebih bersepadu serta promosi intensif menjelang 2026.
Dalam pada itu, kempen VM2026 kini mensasarkan kehadiran pelancong yang lebih tinggi daripada sasaran asal, dengan anggaran rasmi sebanyak 47 juta pengunjung serta hasil pelancongan bernilai berbilion ringgit menjelang 2026.
Sementara itu, menurut data Trip.com, rakyat Malaysia masih menunjukkan kecenderungan memilih destinasi serantau, di mana penerbangan jarak dekat bawah 2,000 kilometer dan jarak sederhana antara 2,000 hingga 5,000 kilometer menyumbang sebahagian besar tempahan dalam tiga bulan pertama tahun ini.
Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Kuching dan Johor Bahru menjadi destinasi domestik paling popular, manakala China, Singapura, Jepun, Thailand dan Indonesia pula merupakan pilihan luar negara utama rakyat Malaysia,
Dari perspektif demografi, golongan milenial terus menjadi kumpulan pelancong utama, menyumbang 51% daripada keseluruhan tempahan, diikuti oleh Gen X sebanyak 24% dan Gen Z sebanyak 21%.
Seiring perkembangan terkini, taman tema terus menjadi pilihan popular di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya untuk aktiviti keluarga, sejajar dengan usaha negara mempelbagaikan produk pelancongan.
Di peringkat domestik, Taman Tema Genting SkyWorlds, Sunway Lagoon dan Skytropolis dikenal pasti sebagai antara tarikan paling popular berdasarkan data tempahan Trip.com bagi 2026.
The post Kuala Lumpur Ungguli Persada Pelancongan Global, Bakal Jadi Tumpuan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026 first appeared on OHBULAN!.





