Peminat My Chemical Romance kini boleh menarik nafas lega apabila pihak penganjur, Hello Universe telah mengesahkan bahawa Konsert band tersebut tetap akan berlangsung.
Menurut pengumuman rasmi, dua konsert My Chemical Romance di Kuala Lumpur kini akan diadakan pada 19 November 2026 dan 20 November 2026, menggantikan tarikh asal yang diumumkan sebelum ini.
Tarikh ini dipilih kerana November sering dianggap antara bulan paling strategik untuk penganjuran konsert, terutamanya menjelang hujung tahun apabila minat dan kehadiran penonton berada pada tahap tertinggi.
Bagi My Chemical Romance yang terkenal dengan persembahan beremosi dan hubungan yang rapat bersama peminat, tarikh baharu ini dilihat mampu menawarkan pengalaman konsert yang lebih epik dan bertenaga.
Butiran penting konsert (tarikh baharu)
- Artis: My Chemical Romance
- Lokasi: Kuala Lumpur
- Tarikh Baharu: 19 November 2026& 20 November 2026
- Status Tiket: Semua tiket sedia ada kekal sah
Kuala Lumpur destinasi eksklusif, dua malam persembahan
Walaupun konsert ditunda, Kuala Lumpur masih mengekalkan status sebagai satu-satunya bandar di Asia Tenggara yang akan menjadi tuan rumah kepada dua malam persembahan My Chemical Romance.
Status ini mencerminkan permintaan tinggi serta sokongan kukuh peminat tempatan dan serantau, selain mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi penting bagi konsert antarabangsa berskala besar.
Selain itu, pihak penganjur juga menegaskan bahawa pemegang tiket tidak perlu berbuat apa-apa kerana tiket yang telah dibeli boleh terus digunakan pada tarikh baharu tersebut.
Bagi peminat yang nak buat pertukaran tiket, maklumat lanjut akan dikongsikan oleh pihak penganjur dalam masa terdekat.
Apa-apa pun pastikan korang follow Instagram Hello Universe. Di sana pihak penganjur akan kongsikan segala maklumat terkini.
Yang jelas, konsert My Chemical Romance di Kuala Lumpur tidak dibatalkan, sebaliknya ditunda ke November 2026 dan tetap akan berlangsung.
The post Konsert My Chemical Romance Di Kuala Lumpur Bakal Berlangsung November 2026 first appeared on OHBULAN!.





