
Konsert solo mega Stacy di negeri kelahirannya akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung penuh meriah di Sabah International Convention Centre (SICC) 10 April lalu.
Istimewa buat warga Sabah

Menerusi sidang media tersebut, Stacy menjelaskan bahawa ‘Aku Stacy Menggegar Kota U’ bukan sekadar konsert biasa tetapi sebuah persembahan yang mencurahkan sepenuhnya kreativiti dan dedikasinya terhadap seni pentas, hadiah teristimewa buat warga Sabah.
Saya mahu menjadikan konsert ini sebagai satu pengalaman yang penuh warna dan tenaga, khas untuk orang Sabah.
Saya akan bawa penari dari Semenanjung dan gabungkan dengan penari tempatan. Nantikan gimik dan kejutannya kerana saya tak sabar nak gegarkan SICC.
Lebih menarik lagi, konsert yang bakal berlangsung turut diselitkan dengan segmen yang paling dinantikan oleh semua peminat iaitu persembahan duet Stacy bersama suami tersayang, Akim Ahmad.
Pasangan ini yang sinonim dengan persembahan romantis bakal tampil dalam salah satu segmen khas buat mereka yang hadir ketika konsert nanti.
Berbeza dari mana-mana persembahan sebelum ini, Stacy sendiri terlibat 100% dalam konsep, susunan muzik, koreografi, serta pemilihan pasukan kreatif, menjadikan konsert ini paling autentik dalam perjalanan seninya.
Konsert ini sangat istimewa bagi saya, saya mahu jadikannya sebuah pengalaman yang tidak terlupakan buat peminat saya di Sabah.
Komitmen mereka terhadap dunia hiburan memberikan saya peluang untuk mencipta sesuatu yang benar-benar luar biasa khas buat para peminat.
Perjalanan seni Stacy
View this post on Instagram
Konsert ini juga bakal membawa penonton mengimbas perjalanan karier Stacy seawal era ‘Aku Stacy’ hingga ke ‘Menyala’, dengan susunan muzik baharu, koreografi segar berserta visual pentas bertaraf antarabangsa.
Setiap lagu ada ceritanya. Saya mahukan semua penonton pulang dengan rasa puas, terhibur dan terinspirasi.
Tiket rasmi sudah mula dijual bermula 10 April dan boleh dibeli di http://www.ticket2u.com. Berikut adalah kategori dan harga tiket yang ditawarkan: Not For Sale (Seating – RM6,000), Aku Stacy (Seating-RM399), Pelangi Senja (Free Standing – RM257), Gilalah (Free Standing – RM197) dan Jahat (Free Standing- RM137).
Dianjurkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment dan dibawakan oleh U Mobile, konsert ‘Aku Stacy Menggegar Kota U’ akan berlangsung pada 21 Jun 2025, mulai jam 8:00 malam di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.





