26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kieda Crepe Tak Sangka Video ‘Herpes’ Menjejaskan Bisnes – ‘Saya Hanyalah Peniaga ..’

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe mengakui video kontroversi mengenai dirinya yang dijangkiti Herpes telah menjejaskan keuntungan perniagaannya.

    Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Tutup Kedai Sehari Untuk Proses Sanitasi – ‘Bagi Saya Peluang Saya Banyak Tanggungjawab’ 

    Bisnes terjejas

    View this post on Instagram

    A post shared by Khalieda Yusra (@kiedx_)

    Menerusi satu potongan video yang tular di TikTok, pemilik nama Khalieda Yusra ini meluahkan rasa terkilan kerana bisnes diusahakan terkesan meskipun sudah melakukan yang terbaik untuk menjernihkan keadaan.

    Dalam masa yang sama, Kieda juga meluahkan rasa risau akan nasib ‘vendor’ yang menghantar makanan untuk dijual ke premis perniagaannya.

    Bila dah jadi macam ini, jujur saya cakap sangat terkesan (perniagaan) saya. Makanan vendor semuanya terkesan.

    Sebab itu saya kata pada Amy (suami) yang mungkin saya ini tidak cukup baik untuk bantu orang serta memperjuangkan apa yang saya lakukan sekarang ini.

    Pengakhirannya bagaimana? Mereka nak saya tutup kedai ke ya sebab saya dah minta maaf dan dah buat semua benda.

    Sehari dua ini memang memberikan kesan yang teruk sangat kepada bisnes saya.

    Kieda berkongsi perkara tersebut menerusi satu sesi siaran langsung yang dilakukannya di TikTok.

    MENARIK:  Melly Goeslaw Bersanding Kali Kedua, Tiga Dekad Layari Bahtera Perkahwinan – ‘Cari Orang Yang Faham Kurang & Lebihmu’

    ‘Lupa saya ini influencer’

    " data-video-id="7520306809337351432" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @berasnotraszwfp

    #kiedacrepe

    ♬ Very Sad – Enchan

    Bercerita lanjut, pempengaruh berusia 28 tahun memaklumkan tujuan dirinya memuat naik video kontroversi itu hanyalah untuk berkongsi mengenai kehidupannya kepada umum.

    Saya ‘post’ video itu, tujuannya adalah untuk kehidupan saya.

    Tapi saya lupa saya ini ‘influencer’ yang menjadi tumpuan ramai orang.

    Saya tak tahulah saya ini ‘influencer’ ke artis. Saya hanyalah peniaga tapi kalau saya peniaga, saya tak akan jadi tumpuan sampai macam ini sekali.

    Di akhir perkongsian, ibu kepada dua orang anak ini memaklumkan dia menerima segala teguran dengan hati yang terbuka dan akan berusaha untuk perbaiki diri.

    Terdahulu, Kieda Crepe menyorot perhatian apabila berseloroh mengaitkan punca jangkitan Herpes yang dialaminya dengan kebersihan alat sulit suami, Hilmi Zaki.

    Kenyataan Kieda itu kemudiannya menuai pelbagai komen negatif daripada netizen.

    Tidak terhenti di situ, Hilmi kemudiannya tampil mempertahankan isterinya dengan memaklumkan bahawa perkara itu adalah gurauan sesama suami isteri dan konten semata-mata.

    Kieda kemudiannya mengakui kesilapan dan membuat permohonan secara terbuka kepada pengikutnya pada Rabu.

    Sumber: TikTok

    The post Kieda Crepe Tak Sangka Video ‘Herpes’ Menjejaskan Bisnes – ‘Saya Hanyalah Peniaga ..’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah