26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Melly Goeslaw Bersanding Kali Kedua, Tiga Dekad Layari Bahtera Perkahwinan – ‘Cari Orang Yang Faham Kurang & Lebihmu’

    Shopee Sale

    Ratu Muzik Indonesia Melly Goeslaw meluahkan rasa syukur dapat meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-30 bersama suami tercinta, Anto Hoed.

    Artikel Berkaitan: ‘Muzik Menyatukan Dua Buah Negara’ – Melly Goeslow

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Misha Omar Terkesima, Melly Goeslaw Tak Dapat Tahan Air Mata

    Bersanding lagi

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Melly akui tidak mudah melayari bahtera perkahwinan selama 30 tahun.

    Ujar pelantun lagu ‘Ketika Cinta Bertasbih’ itu, majlis resepsi perkahwinannya dulu hanya sederhana dan dihadiri keluarga terdekat saja.

    30 tahun tidak mudah untuk setiap pasangan bersama dalam suka duka dan segalanya.

    Saya sempat merasakan resepsi pernikahan seperti orang lain, dulu pernikahan kami sederhana dan hanya dihadiri keluarga dekat saja.

    Cari orang yang memahami kurang dan lebihmu

    Dalam pada itu, Melly menitipkan pesanan agar mencari pasangan yang memahami kelebihan dan kekurangan diri.

    Carilah seseorang yang memahami kurang dan lebihmu.

    Carilah seseorag yang boleh menikmati semua proses perubahanmu dari mulai muda dan menarik, hingga tua dan bahkan tidak boleh apa lagi.

    Carilah seseorang yang saat dirimu salah, dia berkata ‘aku pun tak lebih baik darimu, mari hadapi hidup ini bersama sampai menutup mata.’

    Untuk rekod, Melly dan Anto mendirikan rumah tangga pada tahun 1995 selepas berkenalan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

    MENARIK:  Ning Baizura Kawal Emosi Menyanyi Lagu ‘Dugaanku’, Terkenang Pengorbanan Ibu Urus Kerjaya Seni & Jatuh Bangun Dalam Industri

    Hasil perkahwinan, pasangan ini kini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Anakku Lelaki Hoed dan Pria Bernama Hoed.

    Sumber: Instagram @melly_goeslaw

    The post Melly Goeslaw Bersanding Kali Kedua, Tiga Dekad Layari Bahtera Perkahwinan – ‘Cari Orang Yang Faham Kurang & Lebihmu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah