28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun, Pekebun Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang lelaki berusia 33 tahun yang direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua beradik maut akibat termakan keropok mengandungi racun, dibebaskan dengan jaminan polis.

    Dibebaskan dengan jaminan polis

    Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, suspek seorang pekebun itu, direman sejak 11 Julai sehingga semalam.

    Tempoh reman tidak akan disambung dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

    Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

    Terdahulu, dua beradik yang dikenali sebagai Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia selepas makan keropok mengandungi racun tikus.

    Muhammad Akil Syauqi dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 10 Julai, manakala Muhammad Luth Syauqi meninggal dunia dua hari kemudian di hospital sama.

    MENARIK:  Iqbal Minta Izin Farid Kamil Sebelum Mula ‘Shooting’ Muzik Video – ‘Jangan Risau, Saya Masih Tahu Batas’

    Jenazah dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah