30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan Pertimbang Haramkan Permainan Video Roblox & UMI Di Malaysia

    Shopee Sale

    Kerajaan mempertimbangkan untuk mengharamkan aplikasi permainan video Roblox dan UMI di Malaysia.

    Artikel Berkaitan: Haziq Hussni ‘Heart To Heart’ Dengan Anak Bahaya Permainan Video – ‘Mereka Terima Dengan Hati Terbuka’

    Artikel Berkaitan: ‘Yang Buruk Saya, Ibu Bapa Tidak Pernah Salah’ – Aqil Zulkiflee Kecewa Disalahkan Kerana Roblox?

    Keselamatan & pengaruh kandungan

    Memetik laporan Free Malaysia Today, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata isu itu masih dibincangkan dan keputusan muktamad akan dibuat selepas menilai tindakan Australia bulan depan.

    Kita masih menunggu dan melihat bagaimana Australia melaksanakan tindakan itu. Segalanya masih dalam perancangan tetapi belum dilaksanakan.

    Malaysia akan menilai sama ada pendekatan itu sesuai dengan keadaan dan budaya tempatan atau tidak.

    Dalam masa sama, kerajaan Australia dilaporkan sedang mengkaji sekatan penggunaan Roblox bagi pengguna bawah 16 tahun susulan kebimbangan terhadap kesan negatif platform itu serta kaitannya dengan beberapa insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini.

    Perkembangan teknologi sebegini sememangnya ada pengaruh tersendiri. Disebabkan itu, kita perlu lebih berhati-hati dan belajar daripada negara lain sebelum membuat sebarang keputusan.

    Dalam pada itu, beliau mengulas insiden membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah selepas dikelar abangnya, berusia sembilan tahun, menggunakan objek tajam di Kampung Parit Nipah, Parit Raja, Batu Pahat, baru-baru ini.

    MENARIK:  Daiyan Trisha Lancar Lagu Sempena Syawal, ‘Jom Raya’ Bawa Elemen Tradisional & Moden

    Siasatan lanjut masih dijalankan, namun siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca apabila mangsa dipercayai telah merosakkan telefon pintar milik abangnya, menyebabkan semua ‘mata’ yang dikumpulkan dalam permainan tersebut hilang.

    Sumber: Free Malaysia Today

    The post Kerajaan Pertimbang Haramkan Permainan Video Roblox & UMI Di Malaysia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah