(Dari kiri) Dr. Madhu, Black Hanifah, Juan Aranols (Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia), Norkhayati Mohamed Hashini (Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink, Nestlé Malaysia) dan Kak Dell berganding bahu melancarkan kempen aspirasi NESCAFÉ “Ngopi Dulu Kekal Kental Bersama”, meraikan semangat kental rakyat Malaysia serta menginspirasikan negara untuk terus mara ke hadapan.
Setiap hari rakyat Malaysia berjuang dengan cabaran hidup masing-masing, tapi semangat “kental” itulah yang buat kita terus melangkah ke depan.
Sempena Hari Kopi Sedunia, NESCAFÉ Malaysia tampil dengan kempen aspirasi baharu iaitu “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama”, satu gerakan yang meraikan semangat dan ketabahan rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran hidup seharian.
Lagu “Kental Bersama” – Simbol kekuatan & perpaduan rakyat
Yang paling menarik, NESCAFÉ juga menampilkan lagu istimewa Kental Bersama nyanyian Black Hanifah yang dijadikan ‘anthem’ rasmi kempen ini! Lagu ni bukan sekadar catchy, tapi penuh mesej semangat tentang macam mana kita semua boleh bangkit walau apa pun dugaan.
“Lagu Kental Bersama ini lahir daripada kisah rakyat Malaysia sendiri.
“Liriknya mencerminkan harapan dan perjuangan kita demi keluarga, komuniti dan impian peribadi. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada gerakan yang menjadikan muzik sebagai medium penyatuan. Ia mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar wujud apabila kita kekal kental bersama. Ini membuktikan bahawa muzik dan NESCAFÉ mampu menyatukan orang ramai dengan cara yang penuh bermakna.” tambah Black.
Kisah tiga wira kehidupan harian
Dalam muzik video rasmi Kental Bersama, NESCAFÉ menampilkan tiga individu luar biasa yang mewakili semangat sebenar rakyat Malaysia:
Dr. Madhu, atau Dr. Teddy Bear, yang dengan penuh kasih memberi rawatan percuma kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur, Kak Dell, pemandu Grab dan cikgu tuisyen yang sedang gigih mengejar impian untuk jadi penulis dan Black Hanifah sendiri, yang menjadikan asal-usulnya yang sederhana serta kasih terhadap keluarga sebagai inspirasi dalam muzik dan kehidupannya.
Tiga-tiga kisah ini membuktikan kekuatan sebenar wujud bila kita “kekal kental bersama.”
NESCAFÉ Triple Shot: untuk yang sukakan ‘kick’ lebih!

Bukan itu je, NESCAFÉ juga perkenalkan inovasi kopi terbaharu – NESCAFÉ Triple Shot, dicipta khas untuk peminat kopi yang sukakan rasa lebih pekat dan mantap!
Kajian menunjukkan rakyat Malaysia kini makin gemarkan kopi yang kuat, dan NESCAFÉ terus penuhi citarasa tersebut dengan inovasi terbaru ni, sesuai untuk mereka yang sentiasa mahu kekal bertenaga dan fokus sepanjang hari.
Menurut Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia,
“NESCAFÉ bukan sekadar kopi. Ia telah lama menjadi teman setia rakyat Malaysia melalui suka dan duka.
Nilai yang terkandung dalam inisiatif “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama” ini adalah penghargaan kepada semangat juang rakyat Malaysia yang tidak pernah pudar demi membangunkan negara. Justeru, kami mengajak anda semua untuk bersama-sama menyertai gerakan ini yang penuh dengan kekuatan, perpaduan dan harapan, sambil kita terus bangkit dan mara ke hadapan bersama,”katanya.
“Konsert Kental” Gegar Bukit Bintang!

Sambutan kempen ini mencapai kemuncaknya pada 1 Oktober 2025 di Bukit Bintang melalui Konsert Kental, menampilkan persembahan Black Hanifah, Hazama Azmi dan Genji Buskers!
Memang luar biasa energi yang dibawa pada malam tersebut, penuh dengan semangat, perpaduan dan muzik yang menyentuh jiwa.
Sebagai sebahagian daripada kempen “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama”, NESCAFÉ terus meraikan semangat rakyat Malaysia yang tidak pernah berputus asa, kekal tabah dan terus mara ke hadapan setiap hari.
The post “Kental Bersama”: Lagu Baharu Black Hanifah Dengan NESCAFÉ Rai Semangat ‘Kekal Kental’ Rakyat Malaysia! first appeared on OHBULAN!.





