24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Filem Libang Libu Hadir Dengan Gelak Tawa, Angkat Kisah Perpaduan Masyarakat

    Shopee Sale

    Industri perfileman tempatan bakal disuntik dengan kemeriahan menerusi kemunculan filem komedi-drama ‘Libang Libu’, yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 23 April ini.

    Artikel Berkaitan: Berani Keluar Zon Selesa, Bobby Hussaini Pertaruh ‘Libang Libu’ Untuk Buktikan Kemampuan Diri

    Artikel Berkaitan: Sabri Yunus Beri Pandangan Isu Teater Pelajar Universiti – ‘Seni Mestilah Bersandarkan Hukum Agama’

    Komedi & drama realiti masyarakat

    Mengangkat tema perpaduan dengan pendekatan yang santai dan mudah dikaitkan dengan kehidupan seharian, naskhah ini hadir pada waktu yang tepat dengan gabungan pelakon berkaliber yang bukan sahaja berpengalaman, malah terdiri daripada barisan pemenang anugerah tanah air.

    Dalam suasana industri filem tempatan masa kini, penonton sudah lama tidak dihidangkan dengan karya yang memberi ruang untuk berehat dan menikmati hiburan secara ringan.

    Hal ini kerana, kebanyakan filem kebelakangan ini cenderung membawa tema berat yang menuntut penghayatan emosi serta tumpuan tinggi.

    Filem ‘Libang Libu’ tampil mengisi ruang tersebut dengan membawa kembali elemen hiburan asas yang mengundang gelak tawa, memberi rasa tenang dan membolehkan penonton menikmati pengalaman menonton tanpa perlu berfikir terlalu mendalam.

    Naskhah ini diterbitkan oleh Tangerine Films Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Bobby Husaini.

    Filem ini mengisahkan tentang sebuah produksi filem bukan Melayu yang menjalani penggambaran di sebuah kampung Melayu di Perak.

    Selain itu, pertembungan antara budaya, agama dan cara hidup menjadi tunjang cerita, disampaikan melalui gabungan komedi dan drama yang dekat dengan realiti masyarakat Malaysia.

    Sementara itu, filem ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Ozlynn Wati, Fikry Ibrahim, Sabri Yunus, Khir Rahman, Azhan Rani serta ramai lagi.

    Turut dimeriahkan lagi dengan kemunculan istimewa Datuk Yusof Haslam, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa.

    Mesej perpaduan

    Dalam masa yang sama, pengarahnya, Bobby Husaini, menegaskan bahawa filem ini bukan sekadar karya hiburan, malah turut membawa nilai yang lebih besar kepada para penonton.

    Apa yang membezakan Libang Libu dengan karya lain adalah keupayaannya menghidupkan semula pengalaman menonton yang santai tetapi bermakna.

    Iaitu gelak tawa bersama di dalam panggung, dalam ‘mood’ yang rileks dikelilingi famili dan teman rapat.

    Ia bukan tentang mesej yang berat, tetapi tentang momen yang dikongsi.

    Dengan pendekatan yang santai dan penuh drama, Libang Libu membawa kembali jenis hiburan yang sudah lama dirindui oleh penonton Malaysia.

    Sebuah hiburan yang mengajak mereka datang untuk ketawa.

    Selesai menonton, penonton boleh pulang dengan rasa ‘feel good’.

    Tambahnya lagi, pendekatan penceritaan filem ini dirancang agar kelihatan ringan namun mempunyai lapisan makna tersendiri, sekali gus menyampaikan mesej perpaduan tanpa terlalu bersifat mengajar.

    Kami tidak mahu mengajar secara langsung, tetapi mahu penonton merasai sendiri dinamika hubungan antara watak-watak ini.

    Dalam gelak tawa itu, ada sindiran halus tentang realiti sosial kita.

    Dalam pada itu, Bobby turut mengakui bahawa cabaran utama dalam penghasilan filem ini adalah untuk menyeimbangkan elemen humor dengan sensitiviti budaya.

    Apabila kita bercakap tentang perbezaan budaya dan agama, ia memerlukan penelitian yang sangat teliti.

    Kami banyak berbincang dengan pasukan dan pelakon supaya setiap adegan kekal autentik, jujur dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

    Sementara itu, wakil penerbit Tangerine Films Sdn. Bhd. menyifatkan filem ‘Libang Libu’ sebagai hasil karya yang lahir daripada keyakinan terhadap kekuatan cerita tempatan.

    Kami percaya penonton hari ini mahukan kandungan yang dekat dengan kehidupan mereka.

    Libang Libu menawarkan itu, yang mana sebuah kisah Malaysia sebenar yang dipersembahkan dengan nilai produksi yang berkualiti dan barisan pelakon yang kredibel.

    Dengan tempoh tayangan selama 1 jam 47 minit, ‘Libang Libu’ menjanjikan sebuah pengalaman tontonan yang menyeronokkan, menyentuh emosi serta sarat dengan mesej tentang perpaduan, toleransi dan keindahan kepelbagaian budaya di Malaysia.

    MENARIK:  Sarah Yasmine Bongkar Rakaman Aliff Aziz Menangis Beri Telefon, Tidak Takut Nak Saman Ruhainies 5 Juta Dollar - Video

    Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ‘Libang Libu’ di pawagam berhampiran anda, sebuah naskhah yang bukan sahaja menghiburkan, malah turut meninggalkan kesan di hati.

    The post Filem Libang Libu Hadir Dengan Gelak Tawa, Angkat Kisah Perpaduan Masyarakat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah