27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kembali’ Bersama PDRM, Soffwany Yusoff Tak Kekok Bekerja Dengan Suami – ‘Saya Sangat Beruntung, Dia Banyak Ajar Saya’

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Soffwany Yusoff tidak kekok dan bersikap profesional apabila bergandingan dengan suami, Raja Afiq dalam drama Polis Peronda terbitan Skop Production.

    Syukur dapat berlakon dengan suami

    Ketika ditemui , Soffwany Yusoff atau nama lengkapnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff akui selesa dan tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang penggambaran bersama suami dan barisan pelakon yang lain.

    Bagi saya bekerja dengan suami, tidaklah beban atau malu tapi saya rasa bersyukur dalam bekerjasama dengan dia. Ini merupakan penampilan pertama saya dalam lakonan, jadi saya banyak bertanya. Alhamdulillah saya sangat beruntung kerana dia banyak mengajar saya dari segi lakonan.

    Barisan pelakon pun banyak bantu saya semasa penggambaran.

    Meskipun pernah bekerja sebagai anggota PDRM selama 15 tahun, namun Soffwany akui masih membuat rujukan dengan menonton beberapa drama kepolisan bagi membantu dirinya mendalami watak yang sebagai Inspektor Elly.

    Saya pernah bekerja dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 15 tahun. Jadi untuk watak dalam Polis Peronda ni sebenarnya saya tak pernah bertugas dalam unit MPV. Saya bertugas di unit pancaragam sebagai penyanyi PDRM dan unit udara. Jadi watak ini adalah benda yang baru bagi saya.

    Jelas Soffwany, dia kini sedang ‘berehat’ dari kerjayanya sebagai pramugari kerana mahu memberi sepenuh fokus kepada penggambaran drama Polis Peronda.

    MENARIK:  Julia Farhana Dilabel Sombong, Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang – ‘Bila Penat Tak Larat Nak Berbual, Tenaga Dah Habis’

    Selain Soffwany, drama tersebut turut dibarisi Puteri Sarah, Shah Iskandar, Ali Reza, Raja Afiq dan ramai lagi. Drama terbitan Skop Productions itu akan ditayangkan di TV3 bermula pada 28 Jun sempenaulang tahun ke-40 stesen TV berkenaan.

    Sekadar info, Soffwany dan Raja Afiq mendirikan rumah tangga pada 19 September 2020.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah