28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, July 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kuasa Agong tak terjejas dalam RUU pisah kuasa AG, pendakwa raya

    Shopee Sale

    WAWANCARA | Rang undang-undang (RUU) yang dicadangkan oleh kerajaan untuk memisahkan perananan peguam negara (AG) dan pendakwa raya tidak akan mengehadkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikannya, kata Azalina Othman Said hari ini.

    Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) itu menyifatkan cadangan berkenaan sebagai langkah pertama yang penting ke arah memperkukuhkan perananan parlimen apabila ia akan membolehkan penggubal undang-undang meneliti calon-calonnya di Dewan Rakyat.

    Menurut Azalina, parlimen boleh memilih sama ada untuk membahaskan calon-calon di yang dicadangkan itu dewan atau merujuk senarai berkenaankepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC).

    “Apa sahaja yang diputuskan oleh parlimen, perbincangan tersebut tidak mengikat keputusan Agong secara sah.

    "Peranan Parlimen ialah untuk meneliti nama-nama yang diberikan sebelum membincangkan sebarang isu berkaitan.

    “Saya fikir ini adalah perkembangan positif kerana ia membolehkan penyertaan awam yang lebih besar. Sebelum ini, pelantikan dibuat tanpa orang ramai mengetahui siapa yang sedang dipertimbangkan.

    “Kini parlimen akan berpeluang untuk membincangkan calon-calon tersebut secara terbuka.

    “Sama ada parlimen akhirnya mempengaruhi pelantikan itu atau tidak, ia adalah perkara lain, tetapi sekurang-kurangnya akan ada ketelusan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Ahli Parlimen Pengerang itu menegaskan RUU berkenaan turut menyediakan perlindungan perlembagaan yang lebih kukuh terhadap pengaruh politik dalam pelantikan AG dan pendakwa raya.

    Katanya pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh Putrajaya itu secara khusus memohon untuk menghapuskan perananan perdana menteri dan kabinet daripada proses pelantikan kedua-dua jawatan penting berkenaan.

    Walaupun mengakui bahawa usaha meluluskan RUU itu adalah tugas mencabar - kerana ia memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua per tiga ahli Dewan Rakyat (atau 148 orang) - Azalina tetap optimis.

    MENARIK:  Pertahan bendera terbalik: Sama macam kau bengap, sindir Akmal

    Ia berlaku ketika Putrajaya pada Mac lalu gagal mendapatkan sokongan yang sama untuk mengehadkan tempoh seseorang ahli parlimen menjadi perdana menteri selama dua penggal.

    Kata Azalina, usaha memisahkan perananan AG dan pendakwa raya itu akan tetap melibatkan pihak pembangkang.

    “Kami berharap proses dwipartisan ini akan menghasilkan sokongan politik yang lebih luas,” katanya.

    RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2026 yang bertujuan untuk secara rasmi memisahkan perananan AG dan pendakwa raya itu dibentangkan kali pertama pada 23 Feb lalu sebelum dirujuk kepada PSSC untuk semakan lanjut.

    Bulan lalu, sekumpulan ahli parlimen kerajaan membangkitkan kebimbangan mengenai cadangan tersebut, terutamanya fasal 18 yang menyatakan “Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan hendaklah memaklumkan parlimen nama-nama orang yang akan dicalonkan sebagai pendakwa raya dan parlimen boleh memberi komen kepada suruhanjaya itu, jika ada.”

    Mereka menggesa kerajaan untuk membuat beberapa perubahan pada RUU berkenaan, termasuk memerlukan majoriti mudah di dewan untuk meluluskan calon.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah