28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-Kanak 6 Tahun Ma*t Dipercayai Tersepit Pada Celah Besi Meja Lipat

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut dipercayai tersepit pada celah besi meja lipat di kediamannya di Taman Seri Putera, Nibong Tebal pada Selasa.

    Maut tersepit celah besi meja lipat

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Malaysia Gazette, ketika kejadian, mangsa iaitu Nur Aqifah Humaira Abdullah sedang bermain seorang diri di bahagian belakang rumah yang disewa ibunya, kira-kira jam 4:15 petang.

    Difahamkan, ibu, abang berusia 9 tahun serta kakaknya, 10, tidak menyedari insiden yang berlaku sehinggalah mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila tidak mendengar sebarang bunyi daripada lokasi tempat mangsa bermain.

    MENARIK:  Roslan Shah Terkejut ‘Night Walk’ Jadi Hiburan Ramai, Syukur Dapat Banyak Tawaran – ‘Kami Bukan Paranormal’

    Bagaimanapun, usaha keluarga untuk menyelamatkan mangsa dengan bantuan jiran tidak berhasil. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital Hospital Parit Buntar, Perak.

    Proses bedah siasat akan dijalankan dan siasatan lanjut berhubung kes dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

    Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad mengesahkan kejadian tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah