26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-Kanak 11 Tahun Ditahan Polis Selepas Hamilkan Sepupu 15 Tahun

    Shopee Sale



    Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan selepas menghamilkan sepupunya yang berusia 15 tahun.

    Banyak simpan video lucah

    Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata berkata kejadian itu dipercayai berlaku atas dasar cinta bawah umur.

    Difahamkan, kanak-kanak perempuan terbabit telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

    Kes sumbang mahram di Kelantan sangat membimbangkan, apabila saban tahun kejadian rogol melibatkan bawah umur yang dilaporkan adalah kerana suka sama suka, bukannya paksaan.

    Hasil penemuan kami juga mendapati kanak-kanak perempuan ini sanggup merekod gambar atau video bogel mereka dan dikongsi kepada lelaki yang baru dikenali melalui media sosial.

    MENARIK:  Suami Ummi Nazeera Menghargai Penampilannya: 'Sedikit Penyesuaian Tudung, Dia Akan Menegur Aurat'

    Susulan daripada itu, ibu bapa dan pihak sekolah dinasihatkan supaya melaporkan kes rogol melibatkan sumbang mahram terutama kanak-kanak kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

    Hal ini bertujuan untuk membantu membendung gejala sosial melibatkan kanak-kanak daripada terus meningkat.

    Kajian polis mendapati faktor utama berlakunya jenayah rogol dan sumbang mahram adalah berpunca daripada konflik keluarga, hubungan cinta, pengaruh bahan lucah, kurang didikan agama, rakan sebaya, dan penyalahgunaan dadah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah