31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia’ – Sharifah Zarina Enggan Dedah Identiti Suami Orang Ganggu Athalia

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Sharifah Zarina memaklumkan tindakannya membuat pendedahan mengenai gangguan seorang lelaki berstatus suami orang terhadap anaknya, Athalia bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak.

    Artikel Berkaitan: Athalia Enggan Bocorkan Nama Suami Selebriti Didakwa Menggatal – ‘Saya Rapat Dengan Keluarganya’

    Artikel Berkaitan: Sharifah Zarina Dakwa Anak Diganggu Suami Orang – ‘Jangan Nanti Kantoi Dengan Isteri Awak..Selebriti Terkenal Tu’

    Teguran Sharifah Zarina

    Ketika ditemui , Sharifah Zarina sebaliknya menjelaskan bahawa langkah drastik tersebut diambil bagi menghentikan gangguan yang dianggap sudah melampaui batas.

    Tujuan saya bukan nak aibkan dia. Saya post pun dekat Threads, bukan IG. Saya nak gangguan ini berhenti. 

    Mula-mula ada terfikir nak DM atau hubungi dia terus tapi saya tak tahu siapa ada bersama dia ketika itu mungkin isteri atau anak.

    Kalau saya DM, tak tahu siapa yang akan baca, siapa boleh akses telefon dia. Saya tak sanggup lukakan hati isteri dia.

    Saya rasa ini cara berkesan sebab saya tahu media akan ambil perkongsian saya untuk dijadikan artikel dan dia akan baca. Alhamdulillah dah lebih sebulan tiada gangguan daripada dia.

    Sharifah Zarina berkata demikian ketika ditemui di Pesta Raya TVS yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

    MENARIK:  Sambutan ‘Birthday’ Anas Zahrin Persis Konsert! Dayang, Hael, Nadeera & Liza Hanim Antara Yang Buat Persembahan

    Menurut pelantun lagu Langit Ke-7 itu, lelaki berkenaan pada mulanya hanya mengikut akaun Instagram Athalia dan sering membalas hantaran di Instastory. 

    Namun, lain pula yang jadinya apabila lelaki itu mula membuat panggilan video dan mengajak anaknya keluar berdua-duaan.

    Dia follow Athalia di Instagram, tapi benda itu perkara biasa sebab saya pun kenal keluarga dia dan begitu juga dia. Mula-mula rajin reply IG, lepas itu mula puji Athalia. 

    Lepas itu, dia sampai buat video call… ingatkan keluarga dia yang video call. Tapi rupanya dia nak ajak Athalia keluar berdua, pergi karaoke.

    Athalia terus beritahu saya sebab dia takut nanti orang tuduh dia pula yang menyondol. Jadi, saya kena fikirkan sesuatu macam mana cara terbaik sebab saya kasihan dengan keluarga yang tak tahu dan tak syak apa-apa.

    Menurut Sharifah Zarina individu tersebut bukanlah rakan artis, namun merupakan ahli keluarga kepada selebriti terkenal di Malaysia.

    The post ‘Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia’ – Sharifah Zarina Enggan Dedah Identiti Suami Orang Ganggu Athalia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah