30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami Berniaga Cari Rezeki & Bayar Zakat Tapi Kalau Benar Amanah Diseleweng, Luluhnya Hati’ – Haliza Maysuri

    Shopee Sale

    Usahawan Haliza Maysuri meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap isu berkaitan dakwaan berlaku penyelewengan amanah yang membabitkan zakat.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Kahwin Dengan Orang Kaya Tapi Kami Jadi Kaya Bersama’ – Haliza Maysuri

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Nak Namakan Cucu Saya Bawal, Boleh Ke?’ – Hantaran Haliza Maysuri Raih Perhatian

    Haliza Maysuri kecewa isu zakat diseleweng

    Menerusi hantaran di Threads, Haliza berkata sekiranya dakwaan tersebut benar, ia secara tidak langsung mengecewakan segelintir pembayar zakat.

    Jika betul, luluh hati membacanya. Kami berniaga bukan mudah. 

    Siang malam fikir jalan usaha, turun naik jatuh bangun, semata-mata nak cari rezeki halal dan dapat keluarkan zakat yang banyak untuk bantu orang susah. 

    Itu antara niat terbesar kami sebagai usahawan.

    Malah, isu penyelewengan melibatkan dana atau sumbangan yang sepatutnya disalurkan kepada golongan memerlukan turut menghakis kepercayaan masyarakat terhadap pihak berwajib.

    Tapi kalau amanah diseleweng, pedih. Rasa macam segala penat lelah rakyat yang ikhlas memberi jadi sia-sia. 

    Sampainya hati maka hak orang yang susah.

    Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai dakwaan seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ialah antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

    MENARIK:  Apakah Ross Ariffin Masuk Hospital?

    Sumber: Threads Haliza Maysuri

    The post ‘Kami Berniaga Cari Rezeki & Bayar Zakat Tapi Kalau Benar Amanah Diseleweng, Luluhnya Hati’ – Haliza Maysuri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah