Pelakon Kamal Adli tampil menempelak tindakan seorang individu yang mendakwa Hawra Uqaira bukan anak kandungnya hasil perkongsian hidup bersama isteri, Uqasha Senrose.
Artikel Berkaitan: Kecewa Jadi Mangsa Fitnah, Uqasha Senrose Tampil Pertahankan Maruah Diri – ‘Kerana Dia, Aku & Anak Jadi Begini Teruk’
Artikel Berkaitan: Minta Ihsan Kalian Berhenti Post Pasal Kisah Silam Saya & Uqasha Yang Tidak Baik’ – Kamal Adli
‘Dia anak kandung saya’

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Kamal menyifatkan tindakan individu yang mempersoalkan nasab anaknya itu sebagai satu perbuatan yang melampaui batas, bukan sahaja sebagai seorang manusia malah sebagai seorang Muslim.
Salam. Ini sangat-sangat melampau. Terlalu melampau untuk manusia normal dan sebagai Muslim. Itu anak kandung saya.
Kamal turut merayu agar orang ramai lebih berhati-hati dalam memberikan komen dan tidak menulis perkara yang boleh mengguris hati sehingga ke tahap menghina maruah keluarga.
Sebelum ini, Uqasha meluahkan rasa kecewa apabila dituduh kononnya Kamal hanya bertindak menutup maruah isterinya dengan mendiamkan diri mengenai status anak tersebut.
Uqasha turut menafikan dakwaan mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan menegaskan bahawa sekiranya benar dia curang, dia tidak akan bertahan dalam perkahwinannya selama ini.
Untuk info, pada 1 Oktober lalu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.
Difahamkan, pasangan itu juga tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya.
Pada 19 November lalu, kedua-dua pihak selesai melantik jawatankuasa pendamai masing-masing seperti diarahkan mahkamah.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: Threads Kamal Adli
The post Kamal Adli Tempelak Individu Dakwa Hawra Uqaira Bukan Darah Daging – ‘Ini Sangat Melampau! Dia Anak Kandung Saya’ first appeared on OHBULAN!.





