27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Genap Tiga Tahun Siti Sarah Meninggal Dunia, Kehilangan Masih Dirasai Hingga Hari Ini

    Shopee Sale



    Siti Sarah

    Biarpun sudah genap tiga tahun sebutir permata seni iaitu penyanyi Siti Sarah pulang ke negeri abadi, namun kehilangan Allahyarham masih dirasai hingga hari ini.

    Masih dirasai…

    Siti Sarah

    Perasaan rindu itu juga masih menyelubungi keluarga arwah terutama ayahnya Raisuddin Hamzah.

    Menerusi perkongsian di TikTok isteri kepada Raisuddin yang dikenali sebagai Makder, mereka dilihat menziarahi pusara arwah untuk mengubati kerinduan.

    Genap tiga tahun pemergian mu Siti. Rasa sayu pedih masih terasa hingga ke saat ini.

    Rindu you Siti Sarah Raisuddin.

    Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut mengatakan hal sama yang mana mereka juga masih terasa kehilangan pelantun lagu Saat Hilang Cintamu itu.

    Kongsi wargamaya, ibaratnya baru semalam arwah pergi menghadap Ilahi dan akui sedih meskipun tiada ikatan keluarga.

    Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak popular Shuib pada 2011.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Zarina Zainuddin Sebak Fikir Tentang Azal & Azil – ‘Ya Allah Kalau Nak Cabut Nyawa Aku, Cabutlah Sekali Nyawa Anak Aku’

    Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

    Shuib kemudian berkahwin dengan usahawan Watie Hanifiah pada 23 Jun tahun lalu dalam sebuah majlis yang diraikan di Putra Glass House, Putra Height.

    Video

    " data-video-id="7401069646796836113">
    @suciuwais Genap 3 tahun kepergian mu siti . Rasa sayu pedih masih terasa hingga ke saat ini. Miss u siti sarah raissuddin #abah #raissuddin #sitisarahraissuddin #makder #fyp ? Kamu Dan Kenangan – liriiklagu

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah