27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kamal Adli Tak Sambut ‘New Year’, Akui Tiada Azam 2026

    Shopee Sale

    Pelakon Kamal Adli akui sukar untuk berpura-pura bahagia menyambut sambutan tahun baru ekoran kemelut rumah tangganya bersama Uqasha Senrose yang masih tidak menemui titik penyelesaian.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Terus Bekerja Selepas Pulang Dari Mahkamah – ‘Saya Tetap Positif Sebab Ini Rezeki Allah’ 

    Artikel Berkaitan: ‘Ayah Rindukan Awak, Anak’ – Kamal Adli

    ‘Sambutan tahun baru paling tak best’

    Menerusi perkongsian di Threads, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 37, memaklumkan dia ditanya ramai pihak berhubung lokasi sambutan tahun baru.

    Menurut Kamal, dia tidak berkemampuan untuk menikmati acara bunga api dan menyifatkan sambutan tahun baru kali ini tidak menyeronokkan.

    Ramai yang tanya semalam saya sambut tahun baru di mana.

    Beritahu saya, macam mana nak sambut, nak gembira dan senyum-senyum depan orang?

    Nak tengok bunga api pun tak sampai hati.

    Tahun baru paling tak best.

    Allah je tahu. Nasib ada shooting. Kalau tak….

    Bersama rakan artis

    Sementara itu, Kamal dilihat bersama rakan selebriti seperti Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fadlan Hazim dan Nas-T pada malam tahun baru.

    MENARIK:  Atuk Ada Penyakit Jantung Mengaku Tak Bersalah C*bul Remaja 14 Tahun

    Pada video yang dikongsi menerusi Instagram Story (IGs), Remy dilihat mengaju soalan mengenai azam 2026 pada pelakon berusia 39 tahun itu.

    Bagaimanapun, Kamal menjawab secara ringkas bahawa dirinya tidak memiliki sebarang azam untuk tahun baru.

    Aku tiada azam.

    Sekadar info, kemelut rumah tangga Kamal bersama isterinya, Uqasha Senrose terus menjadi perhatian umum sejak aktres berkenaan memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu.

    Situasi tersebut berlanjutan apabila Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 18 Disember lalu menasihati Kamal supaya melafazkan cerai selepas Jawatankuasa Pendamain gagal mencapai persefahaman.

    Namun begitu, peguam mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian memaklumkan lafaz cerai tidak berlaku berikutan Kamal masih berhasrat mempertahankan rumah tangga mereka.

    Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkahwinan tersebut, Kamal dan Uqasha dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan.

    Sumber: Threads @kamaladli & Instagram @remyishak

    The post Kamal Adli Tak Sambut ‘New Year’, Akui Tiada Azam 2026 first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah