28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramkarpal bidas Mardhiyyah, nafi DAP hipokrit kes Zahid

    Shopee Sale

    Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP Ramkarpal Singh membidas seorang perwakilan PAS yang menuduh parti itu bersikap hipokrit kerana menggesa peguam negara menyemak semula keputusan menghentikan 47 pertuduhan rasuah terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

    Ramkarpal (gambar atas) berkata Adun Pengkalan Kundor Mardhiyyah Johari “jelas tersilap dan tidak mengetahui” pendirian sekian lama DAP berhubung kes Zahid yang membabitkan dana Yayasan Akalbudi, sebuah yayasan diketuai pengerusi BN itu.

    “Jika Mardhiyyah menyemak fakta terlebih dahulu, jelaslah bahawa DAP telah menyuarakan kebimbangan serius berhubung kes Zahid sejurus selepas Mahkamah Tinggi memberikan perintah DNAA,” kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dalam kenyataan hari ini.

    Ramkarpal berkata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke turut mengeluarkan kenyataan pada 5 Sept 2023 yang menggesa peguam negara menjelaskan keputusan tersebut.

    Ketika itu, Loke menyatakan penghormatan parti terhadap proses kehakiman, tetapi menegaskan kes Zahid merupakan perkara berkepentingan awam yang besar.

    Ramkarpal berkata dia juga menyoal keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 8 Jan lalu untuk menggugurkan kes itu meskipun Mahkamah Tinggi mendapati terdapat bukti mencukupi terhadap Zahid. Dia memberi amaran kegagalan memberikan penjelasan boleh terus menghakis keyakinan awam terhadap AGC.

    MENARIK:  ‘Parti yeye’: TUDM kenal pasti 20 pegawai terbabit

    Justeru, katanya, gesaan terbaru Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dan Pemuda DAP supaya perkara itu diteliti semula selaras dengan pendirian parti sejak 2023.

    Baru-baru ini, Rayer menggesa peguam negara menyemak semula keputusan menghentikan 47 pertuduhan rasuah terhadap Zahid.

    Gesaan itu disokong Pemuda DAP yang berhujah perkara berkenaan berkait rapat dengan agenda reformasi institusi negara.

    PAS akan bersuara?

    Sementara itu, Ramkarpal membalas kritikan terhadap DAP dengan menyoal jika PAS juga akan meneliti keputusan berkenaan.

    “Persoalan yang timbul sekarang ialah sama ada PAS akan melakukan perkara yang sama atau memilih untuk tidak berbuat demikian, memandangkan Umno dan PAS kini kelihatan begitu mesra antara satu sama lain,” katanya.

    Malam tadi, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mahkamah perlu dibenarkan mengendalikan isu Zahid secara bebas.

    Tidak perlu politik campur tangan dalam perkara di hadapan mahkamah, kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah