30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hadi sahkan PAS hadir PAU pada minggu depan

    Shopee Sale

    Tangan dihulur, salam pun bersambut.

    PAS hari ini didakwa mengesahkan parti itu akan menghadiri ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 yang dijadualkan berlangsung minggu depan.

    Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, ketika dia bertemu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, semasa perasmian muktamar tahunan parti itu di Kota Bharu pagi tadi.

    Menyatakan perkara itu melalui media sosial, Asyraf Wajdi berkata hal itu dinyatakan sendiri oleh Abdul Hadi kepadanya.

    "Perhimpunan Umno minggu depan PAS akan hadir, insya-Allah! Sapa Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang pada saya," kata Asyraf dalam hantaran di Facebooknya.

    Tambah Pengerusi Mara itu lagi, kata-kata Abdul Hadi itu kemudian disambut pula oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mahu memastikan “penyatuan ummah” kali ini benar-benar menjadi kenyataan.

    MENARIK:  NGO tuntut Saifuddin dipecat sebab 'banyak kegagalan'

    Kata Asyraf Wajdi, rakyat memang mengharapkan Umno dan PAS dapat berpakat dan bekerjasama.

    "Yang penting keikhlasan dan kepercayaan kedua-dua pihak bertunjangkan prinsip dan panduan wahyu Ilahi," kata Asyraf lagi.

    Terdahulu, Asyraf hari ini hadir ke Muktamar PAS di Kota Bharu sebagai memenuhi jemputan parti selepas kerjasama yang terjalan dalam PRN Negeri Sembilan sebelum ini.

    Asyraf turut berkongsi gambarnya menghadiri Muktamar Tahunan PAS di media sosialnya.

    Untuk rekod sebelum ini Umno dan PAS pernah menjalin kerjasama secara rasmi lalu membentuk Muafakat Nasional.

    Ia terhasil ketika selepas Umno menjadi pembangkang buat pertama kali dalam sejarah hasil keputusan PRU ke-14. Bagaimanapun muafakat itu berkubur selepas PAS mengambil langkah sepihak bekerjasama dengan Bersatu lalu membentuk PN.

    Bagaimanapun hubungan PAS dan Bersatu menjadi tegang pada tahun ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah