29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Warga emas diselamat dari rumah tertimbus banjir Nepal

    Shopee Sale

    Pasukan penyelamat di Nepal berjaya menyelamatkan seorang lagi mangsa yang masih hidup, 10 hari selepas banjir kilat yang memusnahkan melanda kawasan Himalaya, kata polis pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Seorang wanita warga emas dalam lingkungan 60-an yang masih bernyawa diselamatkan daripada sebuah rumah yang tertimbus di Betrawati, Wilayah Bagmati yang bersempadan dengan Tibet, kata jurucakap polis.

    Mangsa diterbangkan ke Kathmandu untuk menerima rawatan dan tiada maklumat lanjut diberikan mengenai keadaannya.

    MENARIK:  Jamaliah bidas MIC tangguk di air keruh isu penduduk bergelap seminggu

    Lebih 1,300 kematian setakat ini telah disahkan akibat bencana berkenaan di Nepal dan Tibet.

    Di Nepal, jumlah korban meningkat kepada 1,344 orang, termasuk 85 kanak-kanak, menurut maklumat terkini daripada pihak polis tempatan.

    Jumlah mangsa yang hilang dianggarkan hampir 4,900 orang, termasuk 618 warga asing.

    Angka kematian di Tibet pula setakat ini direkodkan seramai 31 orang, manakala 531 lagi masih dilaporkan hilang di wilayah berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah