33.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Dia Kata Saya Pukul, Tetapi Kes Diklasifikasi Sebagai Tiada Tindakan Lanjut’ – Ammar Alfian

    Shopee Sale

    Pelakon Ammar Alfian menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan kesahihan dakwaan dirinya memukul seorang wanita dikenali sebagai Qhaisha yang telah berlarutan sejak hampir dua tahun.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Alfian Kini Bergelar Ejen Hartanah, Tak Bergantung Pada Satu Sumber Pendapatan

    Artikel Berkaitan: Ammar Alfian Tegur Sikap Peminat Terlalu Taasub Hingga Keliru Watak & Diri Sebenar Pelakon

    Didakwa pukul wanita

    Ketika ditemui , Ammar atau nama lengkapnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, memaklumkan bahawa dirinya berdepan pelbagai fitnah dan tohmahan susulan dakwaan yang dilemparkan oleh individu berkenaan.

    Orang cakap macam-macam dan fitnah saya. Mereka ingat mereka kenal saya, jadi saya biarkan undang-undang uruskan semuanya.

    Orang kata saya pukul dia, tetapi kes itu dapat NFA (No Further Action). Bagi saya, di situ dah jelas tak ada bukti seperti yang didakwa.

    Ammar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Poster dan Runut Bunyi Filem Orang Perang yang berlangsung di Hextar World Empire, Petaling Jaya pada Jumaat.

    Tambah Ammar, dia hanya mengharapkan permohonan maaf secara terbuka daripada individu yang membuat dakwaan bahawa dirinya dipukul.

    Saya nak permohonan maaf secara terbuka saja daripada dia.

    Serahkan pada pihak mahkamah

    Mengulas lanjut mengenai tindakan seterusnya, pelakon berusia 39 tahun itu berkata, dia kini hanya menunggu proses perbicaraan susulan kejayaannya memperoleh injunksi.

    Bagi saya, saya sudah menang injunksi. Perbicaraan seterusnya pada Januari, jadi kita tengok macam mana nanti.

    Dia masih cakap pasal saya secara terbuka. Jadi, dia memang melawan mahkamah. Dia rasa dia di atas undang-undang. Itu hal dia.

    Saya serahkan kepada mahkamah dan peguam saya untuk uruskan semuanya. Saya ada peguam yang bagus. Nanti dia akan tahu hal yang sebenarnya.

    Terdahulu, Qhaisha memuat naik menerusi Instagram miliknya beberapa keping foto yang menunjukkan kesan kecederaan pada beberapa bahagian tubuh termasuk wajah, mata, leher dan tangan.

    MENARIK:  DMA Islam Ditegur PU Syed, Label Lelaki Buat Kerja Rumah Sebagai Gay – ‘Belum Kahwin Sembang Kencang’

    Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan turut menamakan individu yang didakwa sebagai pelaku selain menyertakan foto bersama Ammar sebagai sokongan terhadap dakwaan yang dibuat.

    The post [VIDEO] ‘Dia Kata Saya Pukul, Tetapi Kes Diklasifikasi Sebagai Tiada Tindakan Lanjut’ – Ammar Alfian first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah