Pelakon Edika Yusof mengakui hubungannya dengan isteri, Nor Hidayah Yusri, 47, kini kembali pulih selepas berdepan konflik rumah tangga sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ’22 Tahun Di Sisi Awak & Saya Masih Jatuh Cinta Setiap Hari’ – Edika Yusof
Artikel Berkaitan: Edika Yusof Kongsi Luahan Hati, Pesan Anak Muda Hargai Pengorbanan Ibu Bapa
Jangan pernah putus asa

Ketika ditemui , Edika atau nama lengkapnya Mohd Yusof Abd Majid, 58, mengakui tiada manusia yang sempurna namun dia berusaha untuk memperbaiki diri.
Malah dia sama sekali tidak berputus asa mencari jalan penyelesaian dalam rumah tangganya.
Kadang-kadang jodoh, hidup, mati ni semua tangan Tuhan. Kalau rasa itu jodoh kita, kita tak give up.
Tiada manusia yang sempurna. Jadi kita betulkan diri kita lah. Bila kita bincang, kita bagi peluang kepada diri kita.
Bagaimanapun, Edika mengakui bahawa selepas membuat keputusan untuk berpisah, dia dan isteri memilih untuk berjauhan seketika demi memberi ruang bermuhasabah dan menilai diri masing-masing.
Kita cakap duduk asing sekejap. Dalam idah lagi tu, saya approach, dia pun approach. Kita slow talk, kita cakap tak libatkan anak.
Kami kemudian rujuk dalam tempoh idah.
Edika berkata demikian ketika ditemui di majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-37 (ABPBH37), baru-baru ini.
‘Orang tak tahu kisah sebenar’

Edika turut meluahkan rasa syukur apabila hubungan yang terjalin semula itu terasa seperti zaman awal percintaan mereka dahulu.
Wah, macam baru jumpa! Kita berdua je. Anak tinggal tempat lain. Kita start all over again dan saya nampak tu berjayalah. Alhamdulillah.
Menyentuh mengenai komen dan pandangan luar yang pernah timbul semasa krisis rumah tangga mereka, Edika memilih untuk tidak mengambil hati.
Ujarnya, apa yang terjadi sudah berlalu dan fokus utamanya kini adalah membina masa depan yang lebih baik bersama isteri.
Malu tak malu ini terpulang pada diri. Orang boleh cakap macam-macam tapi dia tak tahu kisah sebenar.
Yang lepas tu lepas. Kita fikir apa yang akan berlaku esok. Saya tak pernah baca satu komen pun. Semua orang ada hak nak cakap apa dia nak cakap.
Kita dah kembali dan kita declare lah apa yang kena betulkan. Kita buat tak tahu je, go with the flow.
Untuk rekod, Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2003 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Hidayah juga memiliki seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nazirul Afiq, 27 tahun.
Hidayah bagaimanapun pernah memfailkan perceraian terhadap Edika pada pertengahan Februari lalu.
Mereka kemudiannya sah bercerai talak satu pada 5 Mei 2025 sebelum memilih untuk rujuk kembali ketika tempoh idah.
The post ‘Kalau Rasa Dia Adalah Jodoh Kita, Jangan Putus Asa’ – Edika Yusof first appeared on OHBULAN!.





