Isu berkaitan terma dan syarat perkhidmatan jurusolek yang tular di media sosial turut mendapat perhatian jurusolek terkenal dan usahawan, Datuk Alha Alfa.
Artikel Berkaitan: Alha Alfa Kongsi Ketabahan Amylea Azizan Hadapi Isu Rumah Tangga – ‘Saya Nampak Dia Termenung & Berzikir’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Keluar Rumah Dengan Eyeshadow & Gincu, Bersolek Hanya Untuk Penggambaran’ – Alha Alfa
Mekap

Bercakap mengenai perkara itu, Alha berkata terma yang ditetapkan olehnya sangat mudah untuk difahami dan diikuti oleh bakal pengantin.
Mengenai terma dan syarat mekap ni saya sangat mudah orangnya. Antara isi kandungannya, ‘Boleh ke izinkan saya ambil video atau gambar? Kalau tak boleh saya tidak paksa tapi kalau okay saya gembira.
Tentang burn deposit pula, itu terjadi kalau bakal pengantin buat pembatalan pada saat akhir sebab saya ambil sedikit saja, tidak sampai separuh pun.
Kalau awak buat pembatalan saat akhir kasihan dekat orang lain yang nak tarikh itu tapi saya tolak, akhirnya awak batalkan.
Mengulas lanjut, Alha berkata dia juga mempunyai satu lagi terma dan syarat melibatkan kesihatan dirinya.
Ada lagi satu terma dan syarat, kalau saya sakit atau memang tidak boleh mekap, saya akan gantikan dengan MUA yang pro.
Tetapi setakat ini, 20 tahun mekap baru sekali terjadi sebab saya kena slip dics teruk tak boleh bangun tidur dan gerak.
Sebelum ini, kecoh berkaitan seorang jurusolek terkenal yang didakwa meletakkan pelbagai syarat sehingga dikatakan menyusahkan para pelanggan.
Sumber: Threads
The post ‘Kalau Ambil Saya Make Up, Terma & Syarat Saya Simple Saja’ – Alha Alfa first appeared on OHBULAN!.





