30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Keluarga Sentiasa Restu Dari Dulu’ – Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Teman Baik

    Shopee Sale

    Pelakon jelita Sophia Albarakbah akui selesa berteman rapat dengan rakannya setelah mereka saling mengenali di antara satu sama lain lebih sedekad.

    Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Perlu Masa Pulihkan Kesihatan Mental – ‘Rasa Tak Selamat Keluar Seorang’

    Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Tak Berani Buka DM Di Instagram, Trauma Jadi Mangsa Gangguan Seksual

    Keluarga restu

    Ketika ditemui , pemilik nama Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman itu bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti rakannya kepada umum.

    Namun, Sophia tidak menolak jika suatu hari dia dan lelaki tersebut ditakdirkan berjodohan.

    Itu kawan lama saya, 14 tahun kenal dari zaman universiti. Memang dia rapat dengan keluarga saya.

    Dia sentiasa ada dengan saya tak pernah tinggal. Buat masa sekarang, saya tak nak letak apa apa status, kami memang kawan.

    Kalau ada jodoh, okay saja. Keluarga sentiasa restu dari dulu.

    Sophia berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Tembuni Berdarah yang berlangsung di Mytown, Kuala Lumpur pada Rabu.

    MENARIK:  [VIDEO] Atikah Suhaime Kongsi Bibit Perkenalan Dengan Suami – ‘Saya Rasa Bertuah’

    Fokus pada karier

    Berkongsi lebih lanjut, pelakon berusia 32 tahun itu memilih untuk fokus pada kerjayanya dalam dunia seni terlebih dahulu.

    Saya tak fikir lagi soal nak kahwin kerana kalau sudah ada saya akan go with the flow saja.

    Saya mahu fokus pada karier lakonan dan buat apa yang orang suka tengok. Saya juga mahu orang pandang lebih lagi pada bakat lakonan.

    Difahamkan, rakan baik Sophia turut hadir ke acara malam gala dan duduk sebaris dengan keluarganya.

    Imbas kembali, Sophia mendedahkan hatinya sudah dimiliki oleh rakan baiknya sejak 2011, sekali gus menerima restu daripada kedua-dua pihak keluarga.

    The post ‘Keluarga Sentiasa Restu Dari Dulu’ – Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Teman Baik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah