Seorang pengantin perempuan dilaporkan diserang oleh kakak iparnya sendiri ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penasihat Kewangan Kupas Isu Pengantin Ganti Salam Kaut ‘QR Code’ – ‘Jangan Malukan Diri & Keluarga’
Artikel Berkaitan: ‘Menantu Tak Jadi’ Datang Majlis Buat Pengantin Kecewa – ‘Mereka Beritahu Jangan Pisahkan Keluarga Suami Dengan Perempuan Tu’
Disimbah cat hitam

Memetik laporan Mirror, pengantin yang dikenali sebagai Gemma Monk, 35 tahun itu telah disimbah dengan cat berwarna hitam di Pejabat Pendaftar Oakwood House, Maidstone, England.
Kakak iparnya, Antonia Eastwood, 49 didakwa bertindak sedemikian gara-gara dia dan suami tidak dijemput ke majlis perkahwinan itu.
Meskipun gaun putih bernilai 1,800 pound sterling (kira-kira RM10,200) itu telah dicemari dengan cat, namun Gemma tetap meneruskan hari bahagianya dengan membersihkan diri dan meminjam gaun lain.
Mahkamah kemudian memberitahu serangan tersebut turut mengakibatkan kerosakan harta benda termasuk gaun Gemma iaitu melebihi 5,000 pound sterling (kira-kira RM28,300).
Dalam masa sama, Gemma mendedahkan bahawa dia turut mengalami trauma dan kemurungan selepas insiden tersebut sehingga terpaksa membatalkan perancangan bulan madunya.
Susulan itu, Antonia telah mengaku bersalah di atas dua pertuduhan khianat dan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan yang digantung selama 12 bulan oleh Mahkamah Mahkota di Maidstone.
Selain pampasan melebihi 5,000 pound sterling (kira-kira RM28,300) tersebut, Antonia juga dikenakan perintah sekatan daripada mendekati Gemma selama 10 tahun.
Sumber: Mirror
The post Kakak Ipar Simbah Pengantin Perempuan Dengan Cat Hitam Gara-Gara Dendam Tak Dijemput Ke Majlis first appeared on OHBULAN!.





