28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kenapa Rasa Macam Nak Free Hair Balik? Hujung-Hujung Dah Iman Ini’ – Kilafairy

    Shopee Sale

    Hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh pelakon Kilafairy di media sosialnya sebentar tadi telah menyorot perhatian warganet.

    Artikel Berkaitan: Kilafairy Seronok Hidup Membujang, Tak Fikir Fasal Kahwin – ‘Saya Seorang Introvert, Suka Duduk Seorang Diri

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kilafairy Rujuk Ustazah, Risau Arwah Ibu ‘Disoal’ Kerana Masih Simpan Baju – ‘Saya Pakai & Ada Sedekahkan’

    Iman naik turun

    View this post on Instagram

    A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial)

    Menerusi perkongsian di Threads, Kilafairy atau nama lengkapnya Syakila Nisa Jahangir Khan mengakui sukar untuk beristiqamah apabila dia terdetik untuk tidak lagi mengenakan hijab. 

    Kenapa rasa macam nak free hair balik ni? Tapi bila saya fikirkan semula, kenapa saya nak please manusia?

    Patutnya saya kena buat semuanya untuk Allah, bukan manusia.

    Sekarang baru paham kenapa orang kata istiqamah itu susah.

    Dalam masa yang sama, aktres berusia 33 tahun tersebut turut beristighfar kerana imannya sedang diuji ketika ini.

    MENARIK:  ‘Ubai Nampak Perubahan Emosi Saya Selepas Bersalin Czer, Syukur Dia Mainkan Peranan Dengan Baik’ – Shila Amzah

    Justeru, dia memohon agar warganet terus mendoakannya supaya dia dikurniakan kekuatan iman.

    Astaghfirullahaladzim, Ya Allah kuatkanlah iman aku. Tolong doakan saya.

    Hujung-hujung dah iman saya ini. Saya perlukan doa awak semua, doa mama dah tak ada.

    Menangis baca DM

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepada Kilafairy supaya dia tetap menjaga auratnya.

    Menerusi hantaran lain, pelakon drama Ajari Playboy Itu, memuat naik fotonya yang sedang menangis kerana terharu selepas membaca mesej-mesej daripada warganet.

    Ini saya (sedang menangis) selepas membaca DM (direct message) awak semua, I love you guys.

    Sumber: Threads 

    The post ‘Kenapa Rasa Macam Nak Free Hair Balik? Hujung-Hujung Dah Iman Ini’ – Kilafairy first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah