26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kak KM Sebak Teringat Arwah Bapa Ketika Aidilfitri – ‘Dari Kecil Lagi Kami Memang Rapat & Dia Suka Sangat Masakan Saya’

    Shopee Sale



    Perasaan pilu pastinya akan dirasai ketika tibanya Syawal terutama buat anak-anak yang telah kehilangan ibu atau bapa mereka, termasuk usahawan terkenal Kak KM.

    Raya tanpa arwah ayah

    Menurut Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli, sambutan Aidilfitri berubah selepas dia dan keluarga kehilangan arwah bapa pada tahun 2010.

    Justeru, Kak KM memilih untuk beraya secara bersederhana sahaja setiap tahun.

    Semenjak arwah papa meninggal kami sudah tidak raya secara besar-besaran. Baju untuk ke rumah terbuka pun biasa-biasa sahaja, masih lagi bersederhana.

    Saya masih lagi teringat arwah papa dan rasa terkilan. Kalaulah ketika saya senang arwah papa masih ada, sudah semestinya dia akan gembira.

    Waktu arwah papa masih hidup, saya belum mula berniaga lagi jadi kehidupan kami tak macam sekarang. Saya tetap bagi duit tapi sekadar apa yang ada sahaja.

    Momen bersama arwah

    Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri tersebut sebak ketika berkongsi tentang kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama arwah bapanya.

    Terlampau banyak kenangan manis dan momen bersama arwah papa sebab saya sangat manja dengannya.

    Dari kecil lagi saya selalu tidur atas riba dan baring atas badannya. Bila sudah besar pula dia suka sangat masakan saya.

    Antara momen lain yang tidak dapat dilupakannya adalah semasa beberapa hari sebelum arwah bapanya meninggal dunia.

    Sebelum dia meninggal, dia tinggal bersama saya dan selalu minta saya masak. Dia berselera sangat bila makan.

    Dua hari sebelum meninggal arwah ada telefon saya dan itu momen yang paling tak dapat saya lupakan. 

    Dia pernah berkata pada saya yang dia akan jaga saya ketika dalam pantang namun tak kesampaian.

    MENARIK:  ‘Kalau Lagu Nostalgila Layak Ke AJL40, Saya Janji Akan Botak’ – Haqiem Rusli

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah