Hantaran di platform Threads penyanyi Haqiem Rusli mencuri perhatian apabila dia berkongsi satu janji berani sekiranya lagunya berjudul Nostalgila berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Rezeki Layak Masuk AJL40, Saya Idam Trofi Vokal Terbaik’ – Marsha Milan
Botak kepala

Haqiem, 28, secara berseloroh menyatakan dia sanggup membotakkan kepala jika lagu tersebut diumumkan layak ke pertandingan berprestij itu.
Kalau lagu Nostalgila layak ke AJL40, saya akan botak serta merta. Itu janji saya. Pegang kata-kata saya ini.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya yang rata-ratanya terhibur, malah ada yang mula ‘menuntut’ janji tersebut sekiranya lagu berkenaan benar-benar berjaya ke peringkat akhir.
Bagaimanapun, hantaran tersebut dilihat dipadam oleh Haqiem selepas beberapa jam dimuat naik, meskipun telah meraih jumlah tanda suka dan komen yang tinggi.
Selain Nostalgila, antara lagu lain yang bakal bersaing di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 40 (SFMM40) ialah Hijab Rindu, Nurcinta, Tangisan Seorang Pendosa, Lemah, Kerana Ego, Pernah Punya Aku, F, Tiwikarma, Puaskah dan Seribu Tahun Lagi.
Turut memberi saingan ialah Tak Adil, Semacam Pandora, Takdir & Rasa, Cak Cak Cekuk, Hilangmu Tak Terganti, Kamu, Ke Mana Ni, Menyala serta Lumangad Oku Dika.
SFMM40 dijadual bersiaran secara langsung pada 17 dan 18 April ini menerusi TV3, selain boleh distrim melalui aplikasi Tonton.
Sumber: Threads
The post ‘Kalau Lagu Nostalgila Layak Ke AJL40, Saya Janji Akan Botak’ – Haqiem Rusli first appeared on OHBULAN!.





