26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Usahawan Hadiahkan Anak Lamborghini Revuelto Bernilai RM6 Juta Sempena ‘Birthday’ Ke-9

    Shopee Sale

    Seorang usahawan muda di Makassar, Indonesia mencuri perhatian warganet selepas menghadiahkan sebuah kereta mewah Lamborghini Revuelto kepada anak lelakinya yang berusia sembilan tahun sempena sambutan hari lahirnya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atlet Tinju Indonesia Menangis Syukur, Selamat Merisik Jaguh Muay Thai Negara – ‘She Said Yes’

    Artikel Berkaitan: ‘Kami Merayu’ – Warga Indonesia Mohon Bawa Aisar Khaled Pulang Malaysia

    Qansa minat kereta

    Kanak-kanak bertuah bernama Qansa Alrifaat Najmuddin itu merupakan anak ketiga kepada Ketua Pegawai Eksekutif TRK Holding, H Najmuddin.

    Hadiah mewah itu diberikan sewaktu majlis ulang tahun kelahiran Qansa yang bertemakan litar perlumbaan sporty lengkap dengan perhiasan seperti trek berlumba yang berlangsung di sebuah hotel pada 8 November lalu.

    Dia memang minat kereta sport. Dia sendiri yang memilih kereta itu, jadi kami membelinya.

    Bagi kami, anak-anak ini adalah rezeki dan amanah dari tuhan.

    Setiap nafasnya, kami harapkan dia mendoakan kami sebagai ibu bapa mereka.

    Dalam pada itu, Najmuddin turut menitipkan ucapan istimewa buat Qansa dan mendoakan anaknya membesar menjadi anak yang soleh.

    Selamat hari lahir Qansa. Semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh, taat kepada ibu bapa dan mungkin suatu hari nanti menjadi pelumba kereta yang mewakili Indonesia.

    Bernilai IDR25 Bilion Rupiah

    Kereta mewah Lamborghini Revuelto merupakan model super hibrid plug in yang bernilai IDR25 Bilion bersamaan RM6,250,141 sekali gus antara kenderaan yang termewah di pasaran.

    MENARIK:  Sarah Yasmine Dituduh Ambil Barang Terlarang – Menawarkan Ujian Air Kencing sebagai Bukti Anjalannya

    Model ini dilancarakan pada tahun 2023 dan harga di pasaran dianggarkan sekitar 22 bilion Rupiah sehingga boleh mencecah 25 bilion Rupiah.

    Majlis tersebut turut dimeriahkan oleh pengacara terkenal Indonesia, Boy William yang hadir sebagai tetamu khas semasa acara penyerahan kunci.

    Sumber: World Of Buzz

    The post Usahawan Hadiahkan Anak Lamborghini Revuelto Bernilai RM6 Juta Sempena ‘Birthday’ Ke-9 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah