34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kris Dayanti Tak Ada Niat Tenggelamkan Liza Aziz, Berlaku Salah Faham Teknikal – ‘Jangan Marah Saya’

    Shopee Sale



    Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti memberikan respon selepas terdapat segelintir penonton Gegar Vaganza 11 (GV11) yang meluahkan rasa kurang senang dengan persembahannya bersama peserta program tersebut iaitu Liza Aziz.

    Penjelasan Kris Dayanti

    Ketika ditemui , Kris Dayanti menegaskan pada malam final GV11, dia hanya mengikut nyanyian asal lagu berjudul Cinta itu yang merupakan duet bersama penyanyi, Melly Goeslow.

    Dalam pada itu, penyanyi berusia 50 tahun tersebut menjelaskan berlaku salah faham dari segi teknikal dan menyangkal dakwaan bahawa mahu menenggelamkan nyanyian Liza.

    Sebenarnya, saya meminta Tok Ram menurunkan satu key tetapi beliau menaikkan pula nada itu disebabkan kurang jelas.

    Tetapi sebelum ini pun, setiap kali saya nyanyikan lagu itu bersama Melly, memang kami meminta key diturunkan.

    Jadi pada malam tersebut saya terpaksa mengikut key yang telah ditukar itu sehingga kedengaran vokal saya seolah-olah cuba menenggelamkan kemampuan vokal Liza.

    Kris Dayanti berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti di St Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada Isnin.

    Tiada niat

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Kris Dayanti (@krisdayantilemos)

    Walau bagaimanapun, pelantun lagu Mencintaimu itu memahami rasa tidak puas hati yang timbul dalam kalangan penonton namun menegaskan tiada seberang niat untuk mencetuskan isu berkenaan.

    Mungkin itu yang buat penonton tidak puas.

    Janganlah marah saya..perkara yang berlaku pun disebabkan salah faham. Tiada niat apa pun. Saya sayang semua.

    Terdahulu, terdapat segelintir peminat yang kurang senang dengan nyanyian Kris Dayanti di GV11 berikutan didakwa beraksi secara berlebihan berbanding gandingannya, Liza.

    MENARIK:  Malaysia Brand Day 2026: ZUS Coffee, Carlo Rino & Lebih 50 Jenama Tempatan Bersama-Sama!

    Dalam perkembangan lain, selepas lapan tahun, Kris Dayanti mengumumkan bakal kembali ke Malaysia dengan mengadakan konsert pada 22 Jun ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    " data-video-id="7472603490288766226" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti memberikan respon selepas terdapat segelintir penonton Gegar Vaganza 11 (GV11) yang meluahkan rasa kurang senang dengan persembahannya bersama peserta program tersebut iaitu Liza Aziz. # #fyp #news #gegarvaganza #krisdayanti #lizaaziz

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah