Korang perasan tak, bila jalan-jalan di shopping mall atau scroll di media sosial, banyak sangat barangan yang reka bentuknya nampak cukup aesthetic, moden dan bertaraf antarabangsa?
Mesti ramai yang ingat jenama-jenama ‘stylo’ ni diimport dari negara luar kan? Sebenarnya tanggapan korang mungkin silap besar!
Siapa sangka, rupa-rupanya, jenama terkemuka ini 100% lahir di bumi Malaysia dan diasaskan oleh anak tempatan sendiri.
Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Shopee telah melancarkan kempen Shopee Juara Lokal bagi meraikan 31 usahawan tempatan yang kisah perjalanan perniagaan mereka melambangkan semangat kental anak bangsa.
Ayuh kita bongkarkan 8 jenama popular yang sering disangka jenama luar negara, tapi sebenarnya kebanggaan Malaysia memfokuskan kepada Juara Rumah!
1. MONTIGO
View this post on Instagram
Siapa yang tak kenal botol air (drinkware) yang tengah viral dan menjadi pilihan ramai ni? Dengan rekaan yang moden, warna minimalis dan fleksibiliti untuk customise, ramai menyangka MONTIGO berasal dari barat.
Sebenarnya, MONTIGO diasaskan pada tahun 2020 oleh Melvin Chee, seorang usahawan tempatan yang juga CEO kepada RPG Commerce. Selepas membina pelbagai jenama e-dagang di Melbourne, beliau pulang ke tanah air dan melahirkan MONTIGO.
Kini, jenama botol air tempatan ini sudah pun menembusi lebih 40 pasaran global!
2. MONSTA (Animonsta Studios)
View this post on Instagram
Bukan sahaja mendapat tempat di hati kanak-kanak tempatan, malah studio animasi ini dah sampai ke peringkat antarabangsa!
Mesti ramai ingat rancangan animasi gergasi seperti BoBoiBoy, Mechamato, Papa Pipi, dan Fly With Yaya ni terbitan studio luar negara kan?
Syarikat ini diasaskan oleh Nizam Abdul Razak. Hasil kreatif anak tempatan ini berjaya mencatat sejarah apabila filem Papa Zola The Movie berjaya muncul sebagai filem animasi No. 1 Malaysia.
Lebih membanggakan, Mechamato pernah memenangi Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) Jepun dan menduduki tangga pertama di platform Youku, China.
Kini, karya MONSTA ditayangkan di lebih 70 buah negara melalui Netflix, Cartoon Network, dan banyak lagi!
3. TTRacing
View this post on Instagram
Bagi penggemar dunia permainan video (gaming) dan mereka yang bekerja dari rumah (WFH), nama TTRacing memang tidak asing lagi.
Kerusi ergonomik dan meja smart standing jenama ini sering disangka produk import dari Amerika atau Eropah kerana kualitinya yang mantap.
TTRacing sebenarnya mula diasaskan pada tahun 2017 oleh seorang anak muda tempatan, Henry Ting.
Bermula dari Malaysia, kini TTRacing telah melebarkan sayapnya dengan membuka kedai flagship di serata Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, dan Filipina.
4. PerySmith

Pembersih vakum cordless yang canggih, kuali tidak melekat, dan pelbagai peranti rumah berkuasa tinggi dari PerySmith ini selalu disangka jenama Eropah atau Jerman kerana namanya.
Kisah PerySmith bermula pada tahun 2017 apabila pengasasnya, Lim Eng Guan mahu menyelesaikan isu pembersih vakum berkualiti yang dijual pada harga terlalu mahal.
Beliau mula merancang dan memasang vakum berkualiti tinggi tetapi pada harga rahmah secara rasmi pada tahun 2018. Menerusi platform e-dagang seperti Shopee, PerySmith kini menjadi antara jenama perkakas rumah kegemaran ramai rakyat Malaysia!
5. MILK
(The Milk Inc)

Produk penjagaan bayi premium yang menggabungkan teknologi tinggi, rekaan kemas, dan keselamatan ketat ini sering disangka jenama penjagaan bayi dari negara barat.
Diasaskan oleh Pengerusi dan pengasas bersama, Datuk Kamaruddin Meranun, MILK
dibina untuk mencabar norma industri barangan bayi (FMCG) gergasi global.

Bermula dengan membina kepercayaan ibu bapa tempatan, kini produk bayi kelahiran Malaysia ini telah menembusi lebih 15 buah negara merentasi 4 rantau dunia!
Ketahui lebih lanjut mengenai The Milk Inc dengan klik di SINI.
6. Russell Taylors

Tengok pada nama dan rekabentuk air fryer, periuk nasi, mahupun pembersih hampagasnya, mesti ramai yang membayangkan jenama ini berasal dari United Kingdom.
Sumpah tak sangka, Russell Taylors adalah 100% jenama tempatan yang diasaskan oleh Satish Kumar Raguchandran!
Bermula sebagai perniagaan secara solo, kini Russell Taylors disokong oleh lebih 70 warga kerja dan menjadi antara peneraju perkakas rumah di Malaysia serta sudah mula melebarkan sayap ke Singapura, Thailand, dan Indonesia.
Ketahui lebih lanjut mengenai perjalanan bisnes Russell Taylors dengan klik di SINI.
7. Trapo

Bila masuk dalam kereta dan nampak alas kaki yang kemas, tiada bau,dan tahan lasak, besar kemungkinan itu adalah jenama Trapo.
Penjenamaannya yang sangat sleek membuatkan ramai menyangka ia diimport dari luar negara.
Sebenarnya, Trapo bermula di sebuah pekan kecil di Melaka Raya pada tahun 2016 oleh dua beradik, Tzong Lee dan Zare Lee.
Lebih menarik, Trapo menggunakan semula sisa buangan busa industri (foam waste). Sehingga kini, siapa sangka lebih 250 tan sisa berjaya dikitar semula menjadi karpet kereta antibakteria berkualiti tinggi yang kini dijual hingga ke Singapura, Indonesia, dan Thailand.
8. Kamatto

Bagi pemilik kenderaan yang mencari karpet kereta jenis custom-fit pada harga mampu milik, jenama Kamatto pastinya menjadi pilihan utama.
Rekaan dan kemasannya langsung tidak kalah jika dibandingkan dengan jenama aksesori automotif mewah luar negara.
Diasaskan oleh Alex Tan, Kamatto kini memegang gelaran jenama alas kaki kereta terlaris di Malaysia yang menawarkan rekaan khas untuk lebih 1,000 model kenderaan.
Malah, Kamatto kini berkembang membangunkan ekosistem automotif tempatan menerusi jenama Karoma dan KAXX.
Membanggakan bukan? Rupa-rupanya jenama yang kita kerap guna setiap hari ini adalah hasil titik peluh anak tempatan sendiri yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Ayuh kita bersama-sama menunjukkan sokongan padu dan mengutamakan produk buatan Malaysia!
Korang yang nak kenal dengan lebih dekat kisah kejayaan para usahawan tempatan serta meneroka tawaran hebat barangan buatan anak bangsa, layari laman Shopee Juara Lokal dengan klik di SINI.
Sama-sama kita martabatkan produk tempatan dan sokong wira-wira perniagaan Malaysia!
The post ‘Sumpah Ingat Brand Luar!’, 8 Jenama Popular Ini Sebenarnya Milik Anak Malaysia! first appeared on OHBULAN!.





