34.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelajar dibenar tak hadir sekolah kerana jerebu

    Shopee Sale

    Ibu bapa dibenarkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya bimbang mengenai aspek kesihatan anak mereka susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

    Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata ibu bapa hanya perlu memaklumkan kepada pihak sekolah jika mengambil langkah sedemikian.

    "Saya faham kebimbangan ibu bapa melihat keadaan jerebu ketika ini. Kebimbangan ibu bapa kita dengar. Kesihatan dan keselamatan anak-anak tetap menjadi keutamaan dalam setiap tindakan yang kita ambil,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

    Fadhlina berkata kementerian akan terus memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan situasi semasa, khususnya di kawasan terjejas.

    MENARIK:  Akta 355: K'jaan siapkan kertas kerja untuk dibawa ke mesyuarat MKI

    Beliau menjelaskan sebarang tindakan diambil adalah berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

    "Apabila IPU melebihi 100, semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan. Apabila IPU melebihi 200, sekolah ditutup,” katanya.

    Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) pagi ini, Samarahan, Sarawak menjadi satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat, iaitu 226.

    Selain itu, sebanyak 40 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat manakala 24 kawasan merekodkan bacaan sederhana dan dua kawasan pada tahap baik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah