31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tanya Dekat Mana Laksa Sedap, Kenapa Netizen Ucap Tahniah?’ – Didi Astillah

    Shopee Sale

    Hantaran terkini yang dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon Didi Astillah telah menyorot perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: Nikah Di Hari Asyura, Didi Astillah Kini Sah Isteri Diniey Ng

    Mengidam laksa?

    Menerusi hantaran di laman Threads, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, menyatakan keinginannya untuk membeli laksa.

    Dalam masa yang sama, Didi juga bertanya kepada warganet di mana dia boleh membeli laksa yang sedap.

    Ada tak laksa di kawasan Ampang yang sedap dan tak hanyir?

    Komen netizen 

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menghujani hantaran Didi dengan ucapan tahniah dan membuat andaian bahawa selebriti itu sedang berbadan dua.

    MENARIK:  Selamba Beritahu Harga Servis RM500 Satu Pelanggan, 3 Remaja Dikecam Ketika Live TikTok – ‘Yang Bodo* Selalu Tonjolkan Diri’

    Bagaimanapun, Didi berkata, hantarannya itu hanyalah sekadar pertanyaan mengenai makanan tersebut yang digemarinya sejak kecil.

    Saya tanya dekat mana laksa sedap je. Kenapa orang cakap tahniah? Saya dari kecil suka makan laksa.

    Untuk info, Didi dan suami Diniey Ng selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat di Cyberjaya pada 26 Jun lalu.

    Sumber: Thread 

    The post ‘Saya Tanya Dekat Mana Laksa Sedap, Kenapa Netizen Ucap Tahniah?’ – Didi Astillah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah