Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi usahawan Datuk Seri Vida (DSV) tidak dapat menahan rasa cemburu apabila dia menayangkan tubuh badannya di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazley Yaakob Perjelas Ciapan Di Threads Mengenai Wanita Mekap Tebal – ‘Di Belakang Tabir DSV Tidak Terlalu Bersolek’
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Mohon Maaf Isu Konten Bersama DSV – ‘Sebagai Bakal Imam, Saya Akan Usaha Mencerminkan Contoh Yang Baik’
Cemburu
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkongsi tangkap layar yang memaparkan perbualan mereka berdua.
Dalam perbualan itu, DSV seakan-akan mengakui dirinya kurang senang apabila Fazley berkongsi foto separuh badannya secara umum.
Erm kalian… tolong (Sebab pakai gambar muay thai dalam video).
Menjelaskan tentang gambar itu, Fazley berkata foto itu diambil ketika dia sedang menjalani sesi muay thai.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur melihat perbualan antara Fazley dan DSV.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post DSV Cemburu, Marah Fazley Yaakob Tayang Badan Di Media Sosial – ‘Abang Sengaja…’ first appeared on OHBULAN!.





